UMUM maklum, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan kerajaan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Berita gembira buat golongan tersebut, pembayaran Fasa 1 BKM melibatkan 8.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak hampir RM2 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Mac ini.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berikut perinciannya;

1. Penerima BKM akan menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan mereka.

2. Golongan penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas bujang ataupun tiada pasangan serta 3.4 juta individu bujang.

3. Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac 2022 melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2 bilion.

Bayaran Fasa 1 BKM berperingkat, bermula 28 Mac ini

4. Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443 Hijrah.

5. Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei depan untuk tempoh sebulan.

Baca juga #SiBibirMerah Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 disokong, tapi ramai risau kemungkinan harga barang naik

6. Proses rayuan adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

7. Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.

8. Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank mereka bermula 28 Mac hingga 8 April depan.

Iklan

9. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pula akan menerima bantuan tersebut pada 30 Mac ini menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

10. Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Iklan

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI