KEPRIHATINAN seorang anak kepada ibunya menyaksikan kelahiran rekaan baju kurung ‘mesra vaksin’ khas dinamakan blaus vaksin.

Blaus yang merupakan baju kurung yang direka oleh bekas penolong arkitek, Nadhiratul Husna Abdul Haris atau dikenali sebagai Husna tular di media sosial sehingga wanita ini menerima permintaan daripada warganet.

Dia pada mulanya menerima pesanan ringkas daripada ibunya berkenaan masalah pakaian yang boleh dipakai semasa menerima suntikan vaksin Covid-19.

Gambar hiasan.

“Masalah emak lengan baju semua tak boleh selak sampai lengan. Nak cucuk mana,” tulis ibunya di Whatsapp.

Ketika dihubungi SinarPlus, Husna yang kini tinggal di Butterworth, Pulai Pinang menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang jahitan mahupun tekstil dan sekadar menjadikan menjahit sebagai hobi mengisi waktu senggang.

“Saya daripada latar belakang bidang Senibina. Pada Januari 2021 saya berhenti kerja sebagai Penolong Arkitek dan menjadi surirumah sepenuh masa dan menumpukan kepada anak sulung,” kata Husna.

Ciapannya di Twitter mengenai blaus vaksin memperolehi lebih 10,000 retweet dan lebih 21,000 tanda suka.

“So guys, I literally made a ‘vaccine-friendly’ baju kurung for emak.

“Macam lawak tapi function,” ciap Usna.

Husna terkejut apabila ciapannya bersama foto baju yang direka itu menjadi tular di Twitter. Malah wanita ini mula mendapat tempahan blaus vaksin daripada warga Twitter.

“Terkejut bangun-bangun tengok DM instagram ramai reply. Dahlah saya bangun tengahari. Lambat bukaknya.

“Ya Allah ramainya yang suka dan support! Terima kasih semua. Bagi saya buat satu sampel blaus dulu. Dah siap nanti saya lampirkan bawah tweet ni. Kalau ramai ok, saya terus buka untuk pre-order ok. Yang sudah dekat tarikh vaksin akan diutamakan.

Bagi mengembangkan produksi blaus ini, Husna juga mengalu-alukan kolaborasi dengan mana-mana jenama.

“Mana-mana brand nak collab boleh PM tepi, boleh buat mass production (yep, im serious),” ciap Husna yang memiliki akaun Instagram khas untuk blaus itu iaitu Kesorga.co

Warganet menyambut baik rekaan Husna dan menyatakan hasrat untuk menempahnya untuk kegunaan semasa menerima suntikan vaksin Covid-19.

Malah sehingga semalam Husna juga sudah mendapat lebih 30 tempahan blaus vaksin. Tidak sekadar dipakai semasa mendapatkan suntikan vaksin, ia juga boleh dipakai oleh wanita semasa mendapatkan lain-lain jenis suntikan pada bahagian bahu.

Baca juga Umur Baru 9 Tahun, Anak Penoreh Getah Jahit Baju Untuk PPE

Gambar hiasan.

“Hari-hari aku fikir nak pergi vaccine nnti nk pakai baju apa,” ciap warganet 1.

Iklan

“Bagus kalau ada baju ni,lepas tu boleh guna waktu mengandung untuk ambil injection,” ciap warganet 2.

“Cepat buat bisnes and branding sendiri untuk design macam ni sis. Karang nanti ramai brand terkenal curi idea sis. By the way bagus sangat idea baju macam ni! Hehe,” ciap warganet 3.

Gambar hiasan.

“Takde alasan dah tak nak cucuk ek mak,”ciap warganet 4.

“My mum dah berhari cari baju sampai beli pun still dia tak puas hati tak boleh tarik sampai betul-betul atas lengan padahal dia tak dapat pun lagi date vaccine. Let me know when you open order ya!”ciap warganet 5.

Iklan

“Kalau buka order inform ya. Terima kasih. Nak buat kenangan pun ya. Supaya kalau ada generasi baru nanti nampak baju ni mesti pelik kenapa zip dekat situ. Tapi hanya yang hidup zaman pandemik sahaja yang tahu hahaha,”ciap warganet 6.

“So cute, got her kurung vaccine outfit,”ciap warganet 7.

Baca juga Tak Perlu Berbelanja Besar Untuk Pelitup Muka Pakai Buang, Boleh Jahit Sendiri Jer

Gambar hiasan.

Rekaan blaus khas mesra vaksin tentunya akan memudahkan proses suntikan vaksin Covid-19, terutamanya bagi wanita beragama Islam. Jadi korang tidak perlu menyelak lengan baju sehingga ke atas, memadai dengan  membuka zip pada bahagian bahu untuk proses suntikan.

Diharapkan selepas ini banyak lagi muncul rekaan-rekaan lain yang memudahkan kita menghadapi normal baru semasa pandemik Covid-19 ini.