Belia boleh tuntut RM150 kredit eBelia mulai 1 Jun ini
BERITA baik buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.
Korang layak untuk menerima bantuan kredit e-Wallet (e-tunai) sebanyak RM150 di bawah Program eBelia melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
Bantuan baharu tersebut mempunyai lima fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan pandemik Covid-19 seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac lalu.
Program eBelia adalah bertujuan menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan
belia ketika menjalankan urus niaga dan pembelian barangan.
Pada pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan kredit e-Wallet sebanyak RM100 bagi Program eBelia berbanding jumlah awalnya sebanyak RM50.
Pun begitu, kerajaan sekali lagi mengumumkan kenaikan jumlah kredit e-Wallet daripada RM100 kepada RM150.
INFO Program eBelia
Kategori layak menebus kredit e-Wallet :
- Belia berumur antara 18 hingga 20 tahun.
- Belia yang belajar sepenuh masa peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.
Baca juga Gagal kredit GKP Permai: Segera kemaskini nombor akaun sebelum 19 Mei 2021
Tempoh penebusan:
- e-Wallet RM150 boleh dituntut bermula pada 1 Jun hingga 22 Julai 2021.
Cara penebusan dan mengemas kini akaun:
- Boleh dilakukan melalui aplikasi e-tunai seperti Grab Pay, BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch 'n Go e-wallet.
Maklumat lanjut mengenai Program eBelia sila layari laman web https://www.mof.gov.my/
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang