SESIAPA sahaja berisiko terkena panik. Biasanya keadaaan panik disertai sesak nafas, jantung berdebar, ataupun hampir pengsan.

Serangan panik berlaku apabila seseorang merasa takut atau gelisah secara berlebihan dan tiba-tiba.

Keadaan ini biasanya muncul tanpa sebab yang jelas, boleh berlaku pada bila-bila masa, dan kepada sesiapa sahaja.

Apabila serangan panik datang, diri akan merasa dalam keadaaan teramat takut.

Orang yang mengalami keadaan ini juga sering merasakan bahawa mereka mengalami serangan jantung atau akan mati secara tiba-tiba.

Apabila terkena serangan panik, korang harus tenang untuk mengawal dan menghentikan keadaan.

Setelah itu, boleh melakukan perkara berikut bagi menangani serangan panik;

1. Bercakap dengan diri sendiri

Semasa mengalami serangan panik, ingatkan kepada diri sendiri bahawa hanya mempunyai kegelisahan yang bukan bahaya sebenarnya.

Boleh juga menangani ketakutan secara langsung dengan mempraktikkan tindak balas pantas, seperti ‘Saya tidak takut’ atau ‘itu akan berlalu’.

2. Akui diri terkena serangan panik

Cara menangani serangan panik adalah dengan mengakuinya. Cuba jangan melawan simptomnya, tetapi teruskan mengingatkan diri bahawa perkara itu akan segera berlalu.

3. Atur pernafasan

Serangan panik membuatkan sesorang bernafas pendek dan cepat. Oleh itu, sesuaikan dan kawal pernafasan.

Tutup mata, kemudian letakkan tangan di antara pusar dan bahagian bawah tulang rusuk. Tarik nafas secara perlahan dan dalam melalui hidung. Biarkan semua udara keluar dengan lembut melalui mulut.

Menarik nafas dalam dan perlahan dapat membolehkan lebih banyak oksigen masuk ke dalam badan, sehingga degupan jantung akan menjadi perlahan.

Bercakap dengan diri sendiri, antara cara atasi serangan panik

4. Tutup mata sebentar

Sekiranya berada di persekitaran yang sibuk dengan banyak rangsangan, seseorang akan lebih mudah mengalami serangan panik.

Iklan

Untuk mengurangkan rangsangan, tutup mata sebentar. Langkah ini dapat menghalang rangsangan tambahan dan membuat tubuh lebih fokus pada pernafasan.

5. Luangkan masa untuk bersenam

Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan tekanan yang merupakan salah satu penyebab utama serangan panik.

Bersenam membuatkan jantung mengepam, juga dapat membuat korang lebih tenang.

Baca juga Awas! Bukan hanya perokok boleh menghidap kanser paru-paru

6. Berhati-hati dengan kopi, alkohol dan rokok

Iklan

Kafein memang dapat menghilangkan rasa mengantuk. Walau bagaimanapun, sebatian ini juga boleh mencetuskan rasa gugup dan gemetar.

Sementara itu, nikotin dan alkohol boleh membuat seseorang berasa tenang pada mulanya. Walau bagaimanapun, ia akan membuatkan seseorang itu gugup selepas itu.

Baik kopi, alkohol atau rokok, ketiga-tiganya boleh mencetuskan serangan panik atau memburukkannya. Penyelesaian terbaik adalah menjauhinya.

Semoga bermanfaat!

Sumber:klikdokter