JANGAN gali dasar tasik, kolam dan sungai, berikut adalah salah satu langkah pencegahan jangkitan Naegleria Fowleri yang sedang diperkatakan di laman sosial.

Baru-baru ini media melaporkan kes pertama jangkitan daripada Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai ‘ameba pemakan otak.’ Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) mengesahkan kes pertamelaki warganya berusia 50-an meninggal dunia selepas pulang dari Thailand.

Baca juga: Korea Selatan catat korban pertama ‘amoeba pemakan otak’, 15 info perlu tahu

Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan lelaki tersebut dilaporkan telah menetap selama empat bulan di sebuah negara Asia Tenggara sebelum kembali ke Korea Selatan pada 10 Disember 2022 yang lalu.

Baca juga: Doktor penat rebah, pesakit bergelimpangan atas lantai, tsunami Covid-19 China parah

Berikut 20 info yang dikongsikan KKM sebagai panduan bersama:

1-Naegleri Fowleri merupakan ameba termofilik atau dikenali juga sebagai organisma sel tunggal protozoa yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya di dalam habitat air tawar seperti tasik, kolam, sungai, mata air panas dan dalam tanah.

2-Bagaimanapun, organisma berkenaan tidak ditemui dalam air masin seperti di lautan.

3-Ameba Naegleri Fowleri tersebut juga dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’ kerana berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang.

4-Ia berupaya untuk masuk ke dalam badan manusia melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar.

5-Namun, sehingga kini tiada bukti jangkitan boleh merebak melalui wap air atau titisan aerosol.

6-Ameba Naegleri Fowleri boleh menyebabkan jangkitan otak yang teruk iaitu Primary Amoebic Meningoencephalitis (PAM) yang seterusnya boleh membawa maut.

7-Pada peringkat awal, gejala PAM menyerupai gejala meningitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus lain seperti sakit kepala, demam, loya, atau muntah.

8-Gejala yang lebih serius seperti kekakuan leher (neck stiffness), kekeliruan (confusion), kurang kesedaran terhadap orang dan sekeliling (lack of attention to people and surrounding), sawan, halusinasi dan koma boleh berlaku.

Kredit foto: Pexels

9-Kebiasaannya, gejala-gejala ini muncul sekitar lima hari selepas jangkitan (tempoh inkubasi) dan boleh muncul seawal satu hari atau selewat-lewatnya 12 hari selepas dijangkiti.

10-Keadaan pesakit juga boleh bertambah teruk dengan cepat iaitu dalam tempoh lima hari.

11-kematian boleh berlaku dalam tempoh satu hingga 18 hari daripada ‘onset‘ gejala.

12-Penyakit ini didiagnosis melalui pengesanan asid nukleik Naegleria Fowleri di dalam cecair tulang belakang atau tisu otak individu yang dijangkiti.

13- Rawatan bagi penyakit ini adalah dengan pemberian gabungan ubat-ubatan.

14-Rawatan jangkitan ini sangat terhad disebabkan perkembangan penyakit ini berlaku sangat cepat.

15-Sehingga kini, KKM mendapati bahawa tiada kes jangkitan Naegleria Fowleri ini dilaporkan berlaku di Malaysia.

Baca juga: Penyebaran virus Langya lebih bahaya daripada Covid-19? Berikut fakta yang semua wajib tahu

Iklan
Kredit foto: Pexels

16-Pun begitu, rakyat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dan mengambil langkah-langkah sewajarnya ketika melakukan aktiviti berkaitan air tawar seperti berikut;

a. Elakkan daripada menggali atau mengusik apa-apa sedimen yang berada di dasar tasik, kolam atau sungai memandangkan habitat ameba berada di situ.

b. Hindari aktiviti seperti menyelam, melompat ke dalam air yang mana air yang mungkin dicemari oleh ameba boleh memasuki rongga hidung secara terus.

c. Mencuci badan dengan air yang terawat dan sabun selepas melakukan aktiviti di dalam air.

d. Segera mendapatkan rawatan apabila mengalami demam, sakit kepala, muntah atau kekakuan leher (neck stiffness) secara tiba-tiba terutamanya selepas melakukan aktiviti di dalam air.

KKM akan terus memantau rapi situasi jangkitan Naegleria Fowleri di dalam dan luar negeri dari semasa ke semasa.

Walaupun Malaysia mungkin tiada kes Naelgeria Fowleri, Public Health KKM mengingatkan mengenai kes Acanthamoeba Keratitis yang melibatkan ameba lain yang merosakkan kornea mata dan boleh menjadi buta terutamanya kepada pemakai kanta lekap.

Iklan

Baca juga: Awas! Beguk bukan penyakit sembarangan, boleh merebak melalui udara dan titisan cecair dengan mudah

Sumber: KKAM, Public Health

Foto utama: Freepik Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.