Berita kurang baik buat bakal raja sehari! Akad nikah di Selangor ditangguhkan sehingga 30 Jun 2021

Total lockdown: Akad nikah di Selangor ditangguhkan sehingga 30 Jun 2021
Total lockdown: Akad nikah di Selangor ditangguhkan sehingga 30 Jun 2021
A
A
A

BERITA kurang baik buat bakal raja sehari!

Susulan pengumuman Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau total lockdown yang terpaksa dilaksanakan semula gara-gara kes penularan Covid-19 meningkat mendadak dari sehari ke sehari, majlis akad nikah di beberapa buah negeri yang terlibat terpaksa ditangguhkan.

Seperti di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil pendekatan menangguhkan upacara majlis akad dalam apa jua bentuk dan cara.

Menerusi satu kenyataan, semua upacara akad nikah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditangguhkan berkuatkuasa hari ini sehingga 30 Jun depan.

PKPP : Perkahwinan normal baharu, 5 SOP yang perlu dipatuhi

Perkara tersebut juga telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor.

Jais berkata, keputusan tersebut diambil setelah diperhalusi dan demi membantu keberkesanan dasar semasa dan kepentingan banyak pihak sepanjang tempoh pelaksanaan SPP yang dilaksanakan di seluruh negara.

Semalam, Jais mengumumkan bahawa majlis akad nikah serta semua perkhidmatan di negeri itu ditangguhkan bermula 1 hingga 14 Jun.

Baca juga Alhamdulillah! Ini Senarai Penuh Bantuan PKP 3.0 Melalui Program PEMERKASA+

Menurut kenyataan itu lagi, sebarang info terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut dan pertanyaan boleh dikemukakan melalui panggilan telefon di talian 03-5514 3400 atau emel kepada buuk@jais.gov.my.

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca