BERMULA 1 Mac 2022 ini, negara kita akan membuka sepenuhnya sempadan kepada semua negara tanpa perlu melakukan kuarantin wajib.

Perkara itu diumum Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang bersetuju untuk membuka sempadan negara sepenuhnya seawal 1 Mac ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berikut penjelasannya;

1. Ujian Covid-19 perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum berlepas dan sebaik tiba di pintu masuk utama negara.

Iklan

Menara Kuala Lumpur ditutup sementara kepada pengunjung

2. MPN memutuskan demikian selepas mendengar cadangan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, baru-baru ini.

3. MPN bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.

Baca juga Status vaksin penerima Sinovac ‘putih’ jika tidak ambil dos penggalak, 5 info ini anda perlu tahu

4. Pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko.

5. Pembukaan sempadan antarabangsa itu adalah terpakai kepada semua negara.

6. Muhyiddin menyifatkan ia sebagai satu keputusan yang baik dalam merancakkan semula pemulihan sistem ekonomi negara.

Iklan

7. Selain itu, ia akan membantu industri-industri yang bergantung kepada pelancongan untuk membangun semula.