Status vaksin penerima Sinovac ‘putih’ jika tidak ambil dos penggalak, 5 info ini anda perlu tahu

A
A
A

PENURUNAN imuniti atau waning immunity selepas penerimaan vaksin dalam tempoh masa tertentu adalah perkara yang lazim berlaku pada kebanyakan penerima vaksin termasuk penerima vaksin Covid-19.

Daripada pemantauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) di Malaysia, penurunan imuniti sebanyak 20 peratus berlaku kepada individu yang telah mengambil dos lengkap (dua dos).

Baca juga: Status Vaksin Penerima Sinovac, Individu 60 Tahun Ke Atas Tidak Lengkap Selagi Belum Suntik Booster Februari 2022 - KJ

Manakala bagi penerima vaksin Sinovac, berlaku penurunan imuniti sebanyak 40 peratus selepas tiga hingga lima bulan menerima dos kedua.

Justeru, Disember lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan penerima vaksin lengkap Sinovac perlu mengambil dos penggalak bagi meningkatkan kembali imuniti. Ia sekali gus mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Katanya, penerima vaksin Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022.

Melalui sidang media baru-baru ini, beliau turut menyatakan perkara yang sama. Berikut tiga info ringkas mengenainya:

1-  Khairy berkata, berdasarkan data terdapat 3.5 juta penerima dos primer Sinovac masih belum mendapatkan dos penggalak.

2- Jika penerima Sinovac tidak mendapatkan dos penggalak pada Februari, sijil vaksinasi kuning mereka akan bertukar menjadi putih (tidak lengkap) mulai 1 Mac 2022.

3-Menurutnya, sekiranya enggan menerima campuran vaksin, penerima dos primer Sinovac kini boleh mengekalkan jenama vaksin sama sebagai dos penggalak. "Jika tidak mahu terima Pfizer, tidak mahu AstraZeneca, kita masih ada sedikit lagi bekalan Sinovac dan akan disediakan berdasarkan first come first serve," katanya.

4-Meskipun begitu, kata Khairy Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpandangan bahawa orang ramai masih digalakkan untuk menerima vaksin Pfizer atau AstraZeneca.

"Sekali lagi saya ingin tegaskan perlindungan yang terbaik adalah dengan Pfizer atau AstraZeneca," katanya.

5- Sementara itu, ditanya masa ada penerima dos penggalak Sinovac berkemungkinan memerlukan satu lagi dos penggalak dalam sela masa tertentu, Khairy berkata, ia tiada dalam perancangan kementerian.

Baca juga Penerima vaksin Sinovac jangan takut terima dos penggalak Pfizer, keberkesanan hingga 74%

Untuk pengetahuan korang, menurut portal Covid-19 Malaysia, penerima dos lengkap vaksin Sinovac amat digalakkan untuk mengambil dos penggalak secara heterologous.

Ia bermakna penerima dos satu dan dua Sinovac digalakkan menerima sama ada vaksin AstraZeneca (Covishield/Vaxzevria) atau vaksin Pfizer-BioNTech (Comirnaty) bagi mendapat perlindungan yang optimum.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Sinar Harian, covid-19.moh.gov.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca