RAMAI yang mengetahui khasiat yang ada pada sebiji lemon.

Buah yang mempunyai rasa yang masam tersebut kaya dengan kandungan vitamin C dan baik untuk tubuh.

Sebenarnya bukan jus lemon sahaja bermanfaat tetapi juga hirisan buah itu yang sudah diperah juga banyak kegunaannya.

Menerusi perkongsian Econsave Malaysia di TikTok, ia boleh digunakan untuk membersihkan dan menyegarkan peralatan di dapur.

SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.

Berikut dikongsikan beberapa kegunaan sisa buah lemon:

1. Bersihkan singki
-Tuangkan garam ke atas lemon dan gosokkan pada singki.
– Garam menanggalkan kesan air dan membantu menjadikan tempat mencuci pinggan mangkuk tersebut kelihatan berkilat.
– Lemon pula memberi bau yang segar kepada peralatan tersebut.

2. Menghilangkan bau busuk pada singki
– Tuangkan setengah cawan baking soda dan suku cawan jus lemon ke dalam longkang singki.
– Bilas dengan air untuk menghilangkan bau dan sisa makanan.

 

Baca juga: Minum detoks lemon memang boleh buat toksin, tapi awas jangan berlebihan. Ini kesan sampingannya…

3. Segarkan peti sejuk
– Hiris limau yang telah digunakan menjadi potongan kecil.
– Masukkan ke dalam mangkuk atau cawan dan simpan di dalam peti sejuk.
– Kulit lemon menyerap dan meninggalkan bau yang segar pada peralatan penyimpan bahan makanan tersebut.

Baca juga: Bukan sekadar buah, ini 6 kegunaan hebat lemon yang mungkin ramai tidak tahu

4. Minuman yang menyegarkan
– Hiriskan lebihan lemon yang belum diperah dan masukkan ke dalam cawan.
– Simpan ke dalam ruangan sejuk beku selama beberapa jam.
– Masukkan ke dalam air sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Baca juga: Rawat tumit merekah dengan jus lemon/limau nipis saja. Ada 8 bahan lain yang turut berkesan!

Iklan

5. Membersih microwave
– Gunakan mangkuk yang selamat gelombang mikro dan letakkan secawan air bersama hirisan sebiji lemon yang sudah diperah.
– Masukkan mangkuk tersebut ke dalam microwave dan biarkan selama lima minit.
– Keluarkan dan lap bahagian dalam dan pintu peralatan elektrik itu sehingga bersih.
– Teknik itu menjadikan microwave lebih bersih dan segar.

Baca juga: Bahaya makan tiram mentah, walau sudah diperah dengan lemon atau dibubuh sos, masih lagi tak selamat

Nampaknya lemon bukan untuk dimakan sahaja. Sisa buah berkenaan juga banyak kegunaannya.

Iklan

Jadi, SinarPlus sarankan supaya anda mencuba kaedah- kaedah yang dikongsikan.

Ia bukan sahaja terbukti berkesan malah menjimatkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!