HIDUP sebagai pasangan suami isteri perlukan saling hormat-menghormati agar rumah tangga dibina berkekalan.

Bahagia juga akan dapat dirasai jika keduanya ikhlas dalam ikatan kasih sayang itu.

Namun, ramai hari ini membina rumah tangga daripada saki baki perasaan yang ada.

Begitulah catatan perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar di Facebook miliknya.

Menurutnya, sesetengah para suami kini banyak menghabiskan masa di luar rumah tanpa pedulikan isteri dan anak.

“Baki sayang yang ada, itu yang dia guna untuk rumahtangga dia.

“Baki perhatian yang ada, itu yang dia beri pada pasangan. Lebihan kata-kata indah yang dia dah beri punya banyak pada orang lain, itu yang dia ungkap pada pasangan.

“Senyum kita banyak kita habiskan dengan kawan-kawan. Sedikit kita bawa balik rumah.

“Bergelak ketawa pun sebanyaknya kita tumpahkan di luar rumah. Terkenallah kita sebagai seorang yang riang dan sentiasa gembira.

“Balik rumah dah tak ada modal nak ketawa dengan pasangan.

“Kita pulang ke rumah, yang tinggal cuma muka yang masam. Dahi yang berkerut. Mulut yang asyik nak marah.

“Mata yang penuh penat, merah dan menunggu masa untuk lelap tak pedulikan mata pasangan kita yang tunggu untuk ditatap,” ujarnya.

Baca juga Varian mutasi UK sudah dikesan di Malaysia, lebih berbahaya kerana mudah merebak lebih mudah dan cepat

Iklan

Pesan Ustaz Firdaus, selepas berumahtangga, fahamlah keutamaan kita adalah rumah kita, bukan kehidupan di luar rumah.

“Hidup di rumah ini dah tentu bersama suami, isteri, anak-anak dan keluarga. Bukan keutamaan di luar dengan kawan-kawan atau kenalan.

“Maka usahlah di luar dia hero, di rumah dia cuma jadi tunggul kayu. Ada macam tiada. Tak ada peranan. Tak memberi apa-apa melainkan sedikit sahaja.

“Nyatakan sayangnya sedikit, perhatiannya macam tak ada, kata-kata indah dah bertahun tak terucap dan ketawa pun terpaksa. Allahu.

“Berubahlah. Sedar yang tanggungjawab utama kita di rumah. Apa yang ada di luar adalah alat dan bahan tambah untuk kita suburkan kasih sayang di dalam rumah,” katanya.

Buat para suami, hargailah isteri selagi masih ada.

Iklan

Sumber: Firdaus Mokhtar