OLEH :FAIZUL HAKIMI ZULKIFLI

JANGAN lalai! Peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini berkemungkinan kelalaian kita untuk patuh kepada prosedur standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Seperti di Jepun, kerajaan Jepun telah mengisytiharkan darurat selama satu bulan bermula Jumaat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes Covid-19 selepas cadangan pengisytiharannya diluluskan oleh panel penasihat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah kes kematian akibat Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Bukan mudah nak urus jenazah pesakit Covid-19 - Dr Noor Hisham

Beliau berkata, setakat sembilan hari dalam tahun baharu ini sebanyak 71 kes kematian akibat pandemik itu direkodkan, berbanding kurang daripada 100 kematian dicatatkan dalam sembilan bulan pertama tahun lepas.

“Sejak memasuki tahun baru 2021, semakin bertambah kes kematian Covid-19 pada setiap hari.

“Setakat 9hb Januari 2021, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 yang telah dilaporkan adalah sebanyak 71 kes,” tulisnya di Facebook.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham juga menasihat dan mengingatkan orang ramai bahawa proses pengurusan jenazah juga bukan mudah untuk dibuat jika seseorang itu disahkan meninggal akibat Covid-19.

“Bukan mudah untuk petugas menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

“Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam keadaan panas masuk ke dalam liang lahat untuk menguruskan jenazah sehingga selesai.

“Semoga kita semua memahami cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap petugas barisan hadapan.

“Marilah bantu Negara dengan kita jaga kita, kita jaga keluarga kita. Semoga kita semua terlindung daripada musibah Covid-19, tulisnya.

Status yang dimuat naik Noor Hisyam itu kini mendapat maklum balas orang ramai dan dibanjiri ribuan komen malahan lebih 8,000 perkongsian.

Iklan

Noor Hisyam juga turut berkongsi beberapa keping gambar petugas kesihatan yang lengkap mengenakan PPE sedang menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

Baca juga [VIDEO]Pusat kuarantin MAEPS sesak, lelaki tampil tunjuk keadaaan sebenar

Ternyata dengan gambaran yang dapat dilihat ia bukan satu tugas mudah kerana ia perlu dibuat dengan berhati-hati mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Malahan ia juga perlu diuruskan oleh petugas kesihatan dan ahli keluarga langsung tidak dibenarkan untuk menguruskan jenazah tersebut.

Iklan

Kasihan dekat jenazah sebab keluarga tidak boleh hendak bagi mandi untuk kali terakhir dan juga solat jenazah untuk si mati buat kali terakhir.

Setakat semalam, Malaysia mencatatkan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 sebanyak 542 kematian atau 0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sebanyak 133,559 kes.

Malaysia merekodkan kes kematian harian tertinggi akibat Covid-19 iaitu sebanyak 16 kematian pada Jumaat lepas.