Cara mohon, kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 15 info penting wanita perlu tahu
SUMBANGAN Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula.
Ramai teruja apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2023 mengumumkan isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
Selain itu isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih akan memberi sumbangan tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas.
STR pada tahun 2023 akan dimanfaatkan oleh 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.
Pertama kali dikreditkan kepada penerima yang layak pada Januari lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan pihaknya orang ramai boleh mengemaskini atau mendaftar bermula 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.
Berikut 15 info penting perlu tahu:
1-Pendaftaran baharu dan kemas kini STR bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat membuat pengemaskinian.
3-Bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan di samping data daripada beberapa agensi kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.
4-Bagi permohonan baru berikut langkah yang perlu dilakukan dalam tempoh berikut:
i. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 - 31 Mac 2023
ii. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 - 31 Mac 2023
5-Siapakah yang perlu membuat permohonan STR?
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
i. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
ii. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
iii. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
6-Pemohon yang berikut perlu membuat kemas kini permohonan STR iaitu:
i. Mereka yang tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022.
ii. Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
7-Permohonan STR boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu melalui dalam talian dan manual menerusi borang.
8-Permohonan secara dalam talian boleh dibuat dengan saluran berikut:
a. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit.
9-Manakala -permohonan melalui borang, anda perlu mendapatkan Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi STR LHDNM; atau
b. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Baca juga: Berita baik! Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dikreditkan 17 Januari, 10 info perlu tahu
10-Borang STR boleh dihantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam,
SELANGOR.
11-Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan STR ialah seperti berikut:
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang
dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
- Salinan Sijil Lahir; dan
- Salinan MyKad / MyKid
b. Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemuka dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDN atau boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.
12-Bagi yang tidak mempunyai maklumat bank semasa mengisi permohonan dalam talian boleh memilih pilihan 'Tiada Maklumat Akaun Bank'. Bagaimanapun, anda disarankan untuk mengisi maklumat akaun bank bagi membolehkan pembayaran STR dibuat dengan mudah dan cepat tanpa perlu hadir ke kaunter Bank Simpanan Nasional.
13-Bagi penerima STR Fasa 1, anda perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;
Tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat. Bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di PortalSTR, anda perlu membuat permohonan baharu.
14- Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
15-Pemohon boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan berkenaan STR mengikut saluran berikut:
i. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
ii. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform
iOS
iii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang);atau
v. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
vi. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.
Baca juga: Berita baik buat peminjam PTPTN, rebut tawaran 4 kategori diskaun diberikan kerajaan
Sumber: LHDN Malaysia , Kementerian Kewangan Malaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang