BERIKUTAN kes jangkitan Covid-19 yang meningkat mencecah 1,067 hari ini, kerajaan bersetuju untuk menutup 28 kilang Top Glove di Meru, Klang secara berperingkat.

Perkara tersebut turut dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi.

Katanya, penutupan 28 kilang itu bagi membolehkan semua pekerja menjalani ujian saringan dan kuarantin.

Sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan selama 14 hari di asrama pekerja asing Top Glove Corp Bhd di Meru, Klang, mulai Selasa lalu selepas KKM mengesan 215 kes positif Covid-19.

Catat 1,067 kes Covid-19, kerajaan setuju kilang ditutup ini 12 fakta berkaitan Top Glove

Justeru, ini 12 fakta berkaitan syarikat Top Glove yang perlu korang tahu;

1. Top Glove Corporation Bhd atau Top Glove adalah pengeluar sarung tangan terbesar di dunia.

2. Syarikat ini memiliki dan mengendalikan 46 kemudahan pengeluaran di Malaysia, Thailand, China dan pejabat pemasaran di negara-negara ini serta Amerika Syarikat, Jerman dan Brazil.

3. Syarikat ini ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1991 oleh Tan Sri Dr Lim Wee-Chai, sebagai usaha perniagaan sederhana 1 kilang, 1 pusat pengeluaran dan 100 kakitangan.

4. Top Glove menguasai 26% daripada pasaran dunia bagi sarung tangan getah.

5. Dengan mata pada peringkat kejayaan yang seterusnya, Top Glove kini bercita-cita untuk meningkatkan bahagian pasaran globalnya kepada 30% menjelang tahun 2020 dan menjadi Syarikat Fortune Global 500 menjelang tahun 2040.

6. Ia juga ingin mengembangkan perniagaan secara agresif dan mencari peluang M&A dalam industri yang sama dan yang berkaitan.

7. Bilangan barisan pengeluaran:

Iklan
  • 722 barisan pada 19 Ogos 2020
  • Negara-negara eksport: 195 negara
  • Bilangan pelanggan: 2,000

8. Top Glove tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 2001, dan Bursa Singapura pada tahun 2016.

9. Setakat Mac 2020, Top Glove mempunyai dana pemegang saham sebanyak RM2.6 bilion dan perolehan tahunan kira-kira RM2.4 bilion.

10. Modal berbayar Top Glove adalah sebanyak RM1,589,670,206 pada Ogos 2020 sementara permodalan pasaran adalah RM70.6 bilion pada 19 Ogos 2020.

Iklan

11. Top Glove juga merupakan salah satu saham komponen Indeks Piawaian Antarabangsa MSCI, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI, Indeks FBM 100, Indeks FBM Emas, Indeks Hijrah Syariah FBM, Indeks Emas Syariah FBM, Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia, serta Indeks Kemampaian Dow Jones (DJSI) untuk Pasaran Membangun.

12. Syarikat itu bekerjasama rapat dengan agensi-agensi Kerajaan dan Kementerian agar kekal mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi
penyelidikan getah.

Baca juga Tak sabar hidup bersosial dan rasa layak, tetap berhibur walaupun kes Covid-19 meningkat – Pakar

Pada 16 November lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata 13,190 pekerja yang menginap di asrama syarikat itu di Meru, Klang, serta hampir 1,200 penduduk di kawasan sekitarnya, ditempatkan di bawah PKPD sehingga 30 November 2020.