SEMALAM, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Adham Baba mengumumkan satu inisiatif buat mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Menerusi sidang media yang berlangsung petang semalam, beliau memaklumkan individu yang berada pada kelompok umur itu dibenarkan walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Selangor untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Selaras dengan itu, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 tampil memberi penerangan lanjut mengenai insiatif tersebut.

Berikut perincian mereka menerusi satu kenyataan media yang telah dikongsikan:

i) Tarikh perlaksaan kaedah itu akan dimaklumkan kelak.
ii) Vaksinasi walk-in hanya boleh didapati di PPV sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.

“Ini untuk membolehkan perancangan inisiatif ini dimuktamadkan seperti urusan logistik dan penghantaran stok vaksin di semua PPV.

“Bukan itu sahaja, perancangan susunan waktu walk-in juga bagi mengelak kesesakan di PPV terutamanya bagi warga emas ketika jumlah jangkitan Covid-19 yang semakin tinggi,” maklum mereka.

Jadi, diingatkan orang ramai yang berusia 60 tahun ke atas bersama dengan pengiring mereka yang tidak mempunyai janji temu vaksinasi agar tidak hadir ke mana-mana PPV hari ini sehingga maklumat lanjut diumumkan dalam masa terdekat.

Semalam Malaysia merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 13,215 kes dengan 110 kematian baharu.

Iklan

Lebih membimbangkan, Selangor dan Kuala Lumpur antara dua negeri yang mencatatkan penyumbang terbanyak kes iaitu masing-masing 6,120 dan 1,499 kes.

Artikel berkaitan: Tiada lagi isu tinggal di Pulau Pinang, janji temu vaksin di KL, klik saja MySejahtera

Iklan

Oleh itu, buat orang ramai di luar sana, manfaatkan peluang tersebut dengan membawa ibu bapa atau saudara-mara yang layak bagi menerima vaksin.

Apa-apapun, tunggu tarikh perlaksanaannya terlebih dahulu. Jangan bersesak-sesak di PPV ya.

#kitalaluibersama