BERDASARKAN keadaan semasa penularan COVID-19 dalam negara, terutamanya peningkatan kembali kes yang berlaku di Sabah dan negeri-negeri lain, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaksanakan tatacara kemasukan baharu bagi setiap warga tempatan dan warga asing yang ingin memasuki negeri itu.

Berikut prosedur terkini kemasukan ke Sarawak seperti yang diumumkan oleh Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media COVID-19 semalam:

1. TATACARA KEMASUKAN KE SARAWAK DARI SABAH DAN LABUAN

a. Semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang berada di Sabah dan Labuan TIDAK DIBENARKAN masuk ke Sarawak mulai 4 Oktober 2020 sehingga 18 Oktober 2020 (14 hari).

b. Bagi sektor yang dikategorikan sebagai Perkhidmatan Penting (Essential Services) termasuk perkhidmatan penghantaran yang menggunakan jalan darat, mereka perlu mendapat surat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian yang berkenaan (Miri atau Limbang) dan wajib mengambil ujian RT-PCR COVID- 19 sebelum memulakan tugasan. Ujian seterusnya wajib diambil pada setiap hari ke-14 sehingga arahan seterusnya.

c. Semua arahan terkini yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Negara Brunei Darussalam

B. TATACARA KEMASUKAN KE NEGERI SARAWAK DARI SEMENANJUNG MALAYSIA (Mulai 4 Oktober 2020 sehingga 18 Oktober 2020)

a. Semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang ingin masuk ke Sarawak dari Semenanjung Malaysia perlu memohon kemasukan melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form. Mereka akan dikuarantin selama 14 hari dan ujian COVID-19 diambil pada hari ke-2 dan ke-10. Kos kuarantin dan ujian COVID-19 ditanggung sendiri.

C. ESSENTIAL SERVICE (BUKAN RAKYAT SARAWAK)

Artikel berkaitan: UUM tangguh kemasukan penuntut dari Sabah dan zon merah negeri lain

a. Bagi mereka yang dikategorikan dalam Essential Services dan perlu menjalani tugasan rasmi di Sarawak, mereka perlu memohon kemasukan melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form. Mereka juga wajib mengambil ujian RT-PCR COVID-19 tiga (3) hari sebelum penerbangan.

b. Rakyat Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia dibenarkan balik tetapi perlu, memohon melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form. Mereka akan dipasang wristband dan akan dikenakan kuarantin selama 14 hari dan; diambil ujian RT-PCR COVID-19 pada hari Ke-2.

c. Jika keputusan ujian adalah negatif, mereka dibenarkan balik ke rumah untuk menyambung baki kuarantin dan diberi Home Surveillance Order (HSO).

d. Mereka dikehendaki untuk ke Klinik Kesihatan yang terdekat untuk mengambil ujian RT-PCR COVID-19 pada hari Ke-10. Kos kuarantin dan ujian RT-PCR COVID-19 akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

D. ESSENTIAL SERVICE (RAKYAT SARAWAK)

a. Bagi Rakyat Sarawak mereka yang dikategorikan dalam Essential Services dan perlu menjalani tugasan rasmi di Semenanjung, mereka dibenarkan ke Semenanjung Malaysia dan perlu memohon kemasukan melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form.

b. Mereka juga wajib mendapat kelulusan daripada ketua jabatan masing-masing dan memuatnaik surat rasmi tersebut serta surat jemputan ke mesyuarat ke aplikasi EnterSarawak sebelum dibenarkan pulang tanpa kuarantin di pusat kuarantin.

c. Mereka akan di swab setiba di Sarawak dan dipasang wristband dan akan dikenakan kuarantin Home Surveillance Order (HSO) sehingga keputusan ujian tersebut negatif.

d. Bagi mereka yang mempunyai rT-PCR COVID-19 yang negatif (yang sah untuk 14 hari), mereka boleh memuat naik keputusan negatif tersebut ke dalam aplikasi EnterSarawak serta surat rasmi tersebut serta surat jemputan ke mesyuarat sebelum dibenarkan pulang tanpa kuarantin di pusat kuarantin.

e. Jelas Uggah lagi tatacara yang agak ketat ini dilakukan demi menjaga keselamatan rakyat sarawak dan mengurangkan penularan pandemik covid 19 di negeri ini.