Cuba EB Frozen Food, makanlah tanpa keraguan!
RAMADAN hanya berbaki kurang 10 hari. Sudah kehabisan idea untuk sediakan menu berbuka atau bersahur? Dengan dua produk keluaran EB Frozen Food, kerunsingan anda bakal berakhir!
Dua produk yang dimaksudkan ini memang disukai. Crispy Fried Chicken Wonton dan Chicken Roll ternyata berbeza dengan produk sejuk beku lain.
Apa yang menarik tentang kedua-duanya?
Jom kita kenali dulu keistimewaan Crispy Fried Chicken Wonton.Wonton atau disebut wantan ialah sejenis ladu yang didapati dalam pelbagai masakan masyarakat Cina.
Ia boleh dihidangkan dalam dua cara sama ada digoreng atau direbus dalam sup.
RESIPI CHICKEN WONTON
Masyarakat di Guangdong lebih gemar menghidangnya dengan berintikan daging, ayam atau udang.
Tetapi Crispy Fried Chicken Wonton keluaran EB Frozen Food menyediakan inti yang diperbuat daripada dada ayam berkualiti tinggi dan rendah lemak.
Wontonnya pula dihasilkan daripada kulit popiah khas buatan sendiri yang lebih rangup setelah digoreng tetapi mengekalkan kelembutan dan rasa berjus.
Artikel berkaitan: EB Chicken Roll hasilkan tiga perisa berbeza, wajib cuba!
CHICKEN ROLL
Produk EB Chicken Roll pula dijual di pasaran dengan tiga jenis perisa berlainan iaitu Original Chicken Roll, Cheesy Chicken Roll dan Salted Egg Chicken Roll.
Apa yang menarik, bahan yang digunakan untuk ketiga-tiga jenis Chicken Roll adalah bahan asli, jadi pengguna boleh merasai kelazatan isi ayam segar dan keju berkualiti tinggi dalam Cheesy Chicken Roll.
Keistimewaan kulit di bahagian luar ketiga-tiga produk Chicken Roll keluaran EB Frozen Food juga terserlah dan pastinya sihat untuk dimakan kerana diperbuat daripada Non-GMO kacang soya.
Halalkah? Jangan risau, jangan ragu-ragu. Semua produk yang dikeluarkan oleh EB Frozen Food ini diperakui dan dihasilkan mengikut piawaian halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (HACCP), Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan menepati standard ISO 22000.
LOGO HALAL
Logo Halal Jakim ada di semua pek produk yang membawa maksud ia mesra Muslim dan boleh dimakan tanpa sebarang keraguan.
EB juga mempunyai sekumpulan pasukan Penyelidik dan Pembangunan (R&D), Penjaminan Kualiti (QA) dan Kawalan kualiti (QC) yang profesional untuk setiap proses pembuatan produk-produk keluarannya.
Pasukan ini akan memastikan proses pengeluaran hinggalah kepada pengedaran berada dalam keadaan selamat, bersih dan mengikut standard yang ditetapkan.
“Kami juga mengeluarkan semua produk dengan menggunakan mesin automatik dan ini membantu dari segi kepantasan dan ketekalan kualiti produk kami.“Kami menggunakan teknologi Individual Quick Freezing (IQF) yang canggih pada kira-kira negatif 40 darjah Celcius yang menjamin kesegaran produk makanan walaupun selepas pencairan,” jelas wakil EB ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini.
Harga berpatutan
ORIGINAL CHICKEN ROLL
Keistimewaan produk Crispy Fried Chicken Wonton dan Chicken Roll ini terletak kepada harganya yang lebih murah berbanding jenama lain di pasaran.
Untuk pek 380 gram Crispy Fried Chicken Wonton, ia boleh didapati dengan RM8.00. Manakala Chicken Roll didatangkan dengan harga berbeza. Original Chicken Roll dengan kuantiti 600 gram dijual pada harga RM12.75, Cheesy Chicken Roll 600 gram (RM15.40) dan Salted Egg Chicken Roll 600 gram (RM15.40).
CHEESY CHICKEN ROLL
Semua EB Frozen Food mudah didapati kerana ia tedapat di pasar raya Aeon, Aeon Big, NSK, Village Grocer, TF Value Mart, Checkers, Lulu, Sunshine, Super Seven, Jaya Grocer dan Billion.
Jadi kenapa tunggu lagi, produk makanan sejuk beku yang ditawarkan kepada pengguna ini cepat dan mudah disediakan, malah paling penting kualitinya sentiasa terjaga dan terjamin.
Bila anda pulang ke rumah selepas seharian di tempat kerja, makanan inilah yang paling cepat disediakan untuk juadah berbuka atau bersahur terutama sekali pada bulan Ramadan ini.
CHEESY CHICKEN ROLL
Dari segi penyediaan, makanan sejuk beku ini tidak perlu dinyahbeku. Cara-cara untuk memasak juga disediakan di setiap pembungkusan.
Jadi, untuk anda yang sangat sibuk dan selalu tak cukup masa tibalah masanya untuk menyelit produk EB Frozen Food ke dalam menu berbuka atau bersahur hari ini!
Artikel berkaitan: Chicken Roll Wrap mudah dan sedap, sesuai untuk yang diet
Mengenali EB Frozen Food:
* EB Frozen Food Sdn Bhd adalah syarikat berkaitan Everbest Soya Bean Products Sdn Bhd.
* Berpusat di Pulau Pinang sudah 25 tahun berpengalaman dalam bidang pemakanan. Kilang baru iaitu Everbest Biotech Sdn. Bhd. dibangunkan di Taman Teknologi Tinggi, Kulim bagi memenuhi permintaan yang semakin berkembang pesat.
* Semua produk EB Frozen Food dikeluarkan pada 2016. EB mengeluarkan produk mengikut standard ISO 22000, HACCP, GMP dan Halal yang mesra Muslim dan menekankan kepada standard keselamatan makanan yang tinggi untuk semua pengguna untuk memastikan produk yang dihasilkan dalam keadaan paling bersih dan selamat.
* EB telah memperkenalkan 4 siri dan melebihi 50 jenis makanan berkonsepkan ‘cepat dan senang’.
* EB telah mengeksport produknya kepada hampir 28 buah negara seluruh dunia.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang