EB Chicken Roll hasilkan tiga perisa berbeza, wajib cuba!
EB Frozen Food, syarikat yang menyediakan produk makanan sejuk beku kali ini tampil dengan produk Chicken Roll yang boleh didapati dalam tiga jenis di pasaran seluruh Malaysia iaitu Original Chicken Roll, Cheesy Chicken Roll dan Salted Egg Chicken Roll.
Setiap produk Chicken Roll ini didatangkan dengan harga berbeza. Original Chicken Roll dengan kuantiti 600 gram dijual pada harga RM12.75, Cheesy Chicken Roll 600 gram (RM15.40) dan Salted Egg Chicken Roll 600 gram (RM15.40).
Menurut jurucakap EB Frozen Food, makanan sejuk beku ini boleh didapati di pasar raya Aeon, NSK, Village Grocer, TF Value, Checkers, Lulu, Sunshine, Super Seven, Jaya Grocer dan Billion.
“Lebih istimewa lagi, produk kami juga boleh didapati di kedai-kedai kecil bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya,” katanya kepada Sinar Harian ketika memperkenalkan produk makanan sejuk beku terbaru keluaran syarikat itu.
Apa yang menarik, bahan yang digunakan untuk ketiga-tiga jenis produk itu terdiri daripada bahan asli dan pengguna boleh merasai kelazatan keju dalam Cheesy Chicken Roll.
Makanan sejuk beku seperti sosej, sering dikaitkan dengan bahan yang tidak sihat kerana kandungan pembuatannya yang bercampurcampur. Berlainan dengan produk Chicken Roll kerana pengguna boleh menikmati isi ayam segar di dalamnya.
“Ia juga lebih sihat kerana kandungan dada ayam yang kami gunakan adalah bahan asli, bukan yang diproses seperti mana produk lain di pasaran,” jelasnya.
Keistimewaan kulit di bahagian luar ketiga-tiga produk Chicken Roll keluaran EB Frozen Food juga terserlah kerana diperbuat daripada kacang soya.
Menceritakan tentang timbulnya idea untuk menghasilkan tiga jenis Chicken Roll yang berbeza, menurut EB mereka mahu menyediakan sesuatu yang berbeza untuk citarasa pelanggan yang pelbagai lapisan usia dan budaya.
“Tiga jenis Chicken Roll ini memberi peluang kepada pelanggan setia dan pelanggan baru menikmati rasa yang berbeza. Mereka akan muak jika hanya ada satu pilihan makanan sahaja.“Jadi, kita sediakan tiga jenis Chicken Roll untuk mereka yang menggemarinya. Hari ini anda boleh makan Chicken Roll Original dan esok pula anda boleh tukar selera dengan menyediakan Salted Egg Chicken Roll,” katanya.
Kesemua produk makanan sejuk beku yang ditawarkan kepada pengguna cepat dan mudah disediakan dan paling penting kualitinya sentiasa terjaga dan terjamin.
“Bila anda pulang ke rumah selepas seharian di tempat kerja, makanan inilah yang paling cepat disediakan untuk juadah berbuka atau bersahur terutama sekali pada bulan Ramadan ini,” jelasnya lagi.
Dari segi penyediaan, makanan sejuk beku ini tidak perlu dinyahbeku. Caracara untuk memasak juga disediakan di setiap pembungkusan.
Dengan cara penyediaan yang mudah dan cepat, produk Chicken Roll ini sesuai untuk mereka bujang atau mereka yang sibuk sepanjang hari.
Anda tidak perlu meragui produk yang dikeluarkan oleh EB Frozen Food kerana setiap produk yang dihasilkan mempunyai status halal.
“Semua produk kami diperakui dan dihasilkan mengikut piawaian halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (HACCP), Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan menepati standard ISO 22000.“Ia juga mesra Muslim yang mana pengguna tidak perlu lagi ragu-ragu semasa memilih produk kami. Logo yang diperakui juga boleh didapati pada setiap bungkusan produk kami,” katanya.
OBJEKTIF EB FROZEN FOOD
- Menjadi syarikat makanan sejuk beku terkemuka di dunia.
- Menjadi syarikat yang inovatif dan progresif menghasilkan produk segar dengan jaminan kualiti tertinggi hingga ke pringkat dunia.
Ayuh cuba! Sangat mudah dan cepat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang