DUA tahun kebelakangan ini, ramai menghabiskan lebih masa di rumah dan menyesuaikan diri dengan rutin harian yang berbeza seiring ‘norma baharu’.

Justeru, rumah kita bukan lagi semata-mata ruang untuk kita tinggal, bekerja dan berehat, tetapi juga asas untuk kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik.

Meneruskan momentum sebagai Healthy Home Creator (Jenama Pencipta Rumah Sihat) untuk rakyat Malaysia, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International) telah memperkenalkan satu siri penyelesaian inovatif, termasuk penapis air ‘flagship’ serta rangkaian penyaman udaranya yang pertama.

Di samping itu, CUCKOO International telah melantik artis Korea Selatan yang terkemuka, Lee MinHo, sebagai duta jenama baharunya, yang akan berganding tangan dengan duta Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza, bagi mewakili CUCKOO dan #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

“Segalanya bermula dengan secawan air minum yang bersih. Hari ini, CUCKOO International telah berkembang menjadi satu jenama isi rumah yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan sihat pelanggan. Tatkala tabiat harian dan persekitaran kita berubah, harapan terhadap kesihatan dan kualiti hidup lebih baik tentu akan meningkat.

“Pengumuman hari ini menyerlahkan semangat Beyond Standards kami untuk memenuhi harapan tinggi rakyat Malaysia menerusi inovasi dan kerjasama berterusan kami dengan personaliti legenda ternama, kami merintis jalan untuk mengangkat CUCKOO International sebagai Pencipta Rumah Sihat No. 1 di Asia,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe (Hoe Kian Choon).

CUCKOO International terus melangkaui piawaian dalam memacu penekanannya terhadap kediaman yang sihat untuk rakyat Malaysia.

 

Inovasi Beyond Standards untuk Mewujudkan Kediaman Yang Lebih Sihat

CUCKOO International memacu fokusnya pada kediaman yang sihat menerusi empat tonggak tawaran holistik.

Kemajuan terkini dalam empat tonggak Healthy Home tersebut membolehkan pelanggan menerapkan kesihatan ke dalam rumah secara lebih mudah dan bijak.

Healthy Appliances’ (Peralatan Rumah) dengan CUCKOO

Selama bertahun-tahun, CUCKOO International telah mengembangkan rangkaian ciptaan berteknologi canggih, daripada penulen air ikonik dan penapis air untuk luar kediaman, sehinggalah penulen udara, periuk serbaguna, dan peralatan dapur menerusi jenama CUCKOO.

Bagi memperluaskan lagi tawaran peralatan sihat Beyond Standards, syarikat ini telah melancarkan model ‘flagship’ serba baharu, Penapis Air Beralkali Ringan Bebas Tangki CUCKOO TITAN.

Teknologi paten CUCKOO yang membolehkan Penapis Air CUCKOO TITAN mengeluarkan air panas 100°C secara serta merta.

Cuckoo Warrior (kiri) dan Cuckoo Titan

Selain daripada itu, penapis air berinovatif ini juga mampu mengeluarkan air pensterilan yang dapat menghapuskan 99.9%* kuman dan racun perosak semasa/apabila digunakan untuk membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia juga dilengkapi dengan sistem pensterilan “IN & OUT” automatik untuk menjamin kebersihan penapis air serta airnya sepanjang masa.

Rangkaian generasi baharunya turut dikembangkan lagi dengan Penapis Air Beralkali Ringan CUCKOO WARRIOR, iaitu penapis air mekanikal pertama dengan fungsi pensterilan faucet, yang dapat menyingkirkan kuman dan menghalang pencemaran sekunder secara berkesan apabila air mengalir melalui saluran keluarnya.

‘Healthy Living’ (Kehidupan Sihat) dengan CUCKOO Co-Creations

Penyaman Udara Pintar CUCKOO Vita-S Inverter dan Tilam CUCKOO A-Series

Menerusi kerjasama strategik, CUCKOO International giat mengembangkan rangkaian ciptaan bersama bagi menaik taraf kehidupan di rumah.

Terbaru, syarikat ini telah menjalinkan kerjasama strategik dengan pengeluar penghawa dingin tempatan, Fujiaire untuk melancarkan Penyaman Udara Pintar CUCKOO Vita-S Inverter.

Ciptaan canggih ini boleh didapati mulai April 2022, dan didatangkan dengan sistem penapisan yang dapat memusnahkan bakteria secara berkesan, di samping membebaskan Vitamin C ke udara bagi melindungi kulit dan imuniti keseluruhan.

Bagi membudayakan tidur berkualiti demi kesihatan yang baik, Tilam CUCKOO A-Series kini tersedia dalam saiz ‘super single’ bagi meningkatkan keselesaan tanpa mengorbankan lebih ruang atau bajet. Rangkaian berkualiti tinggi ini adalah hasil kerjasama antara CUCKOO International dan pengeluar tilam lateks natural terbesar di Malaysia, LSK Napure®.

‘Healthy Lifestyle’ (Penjagaan Kecantikan) dengan WonderLab Group

Iklan

Pada Disember 2021, CUCKOO International mengasaskan WonderLab Group iaitu cabang korporat strategiknya untuk memacu pendekatan lebih holistik dengan menyatukan kecantikan dan kesihatan.

Kumpulan ini yang menerajui jenama WonderLab, WonderDewi dan BeauSiti x WonderLab, menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan minuman berkhasiat yang luas.

Produk penjagaan kulit pra-penuaan Bel-aek Ageless dan WonderDewi-C Minuman Jus Buah Campuran Kurma dan Nanas

WonderLab dengan rangkaian produk penjagaan kulit pra-penuaan Bel-aek Ageless terbukti dapat membantu dalam menentang isu prapenuaan.

Rangkaian produk ini dirumus dengan teknologi Korea terkini, dinamakan Trio Black Complex™, menggabungkan kebaikan beras hitam, bijan hitam dan kacang hitam.

Pada majlis pelancaran, WonderLab juga menambah dua lagi produk baharu dalam rangkaian produk ini iaitu Bel-aek Ageless Eye Cream dan Bel-aek Sleeping Mask, yang dipertingkatkan dengan ginseng hitam sebagai ramuan mujarab untuk memelihara kulit awet muda.

Selain itu, peminat WonderDewi pasti akan teruja dengan pengenalan WonderDewi-C Minuman Jus Buah Campuran Kurma dan Nanas, sebagai tambahan perisa baharu kepada rangkaian jus berkhasiatnya yang lazat.

Iklan

‘Healthy Home Care’ (Penjagaan Rumah) dengan WonderKlean

Seiring kemuncak pandemik, CUCKOO International berazam mengaktifkan pembasmian kuman untuk melindungi kakitangan perkhidmatannya. Idea ini seterusnya berkembang menjadi tawaran perkhidmatan yang pertama seumpamanya untuk pelanggan setianya menerusi WonderKlean.

Dilancarkan pada Mei 2020, WonderKlean menyediakan servis penjagaan dan pembersihan kediaman profesional yang komprehensif, termasuk pembasmian kuman dalaman, serta perkhidmatan pembersihan untuk mesin basuh, peralatan dapur, penghawa dingin dan tilam. Disokong oleh lebih 2,000 pakar terlatih, CUCKOO International akan terus mengembangkan rangkaian perkhidmatan dan kepakaran WonderKlean.

Sejak penubuhannya pada 2014, CUCKOO International berjaya mengekalkan pertumbuhan kukuh untuk tujuh tahun berturut-turut dengan rekod hasil melebihi RM1.13 bilion pada tahun lepas.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI