SUDAH menjadi kebiasaan sekarang ini, individu dijangkiti Covid-19 melakukan ujian swab berulang kali ketika tempoh kuarantin.

Ada yang mendakwa garisan ujian semakin hari menjadi kian pudar namun ada juga yang mengatakan setelah tamat tempoh kuarantin, garisan ujian masih menunjukkan positif.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), individu yang disahkan positif tidak perlu lagi membuat ujian selepas tamat tempoh kuarantin.

“Perhatian, selepas disahkan posif Covid-19 dan telah tamat kuarantin anda TIDAK perlu mengulang melakukan sample swab semula.

“Jangan buang masa dan duit anda. Virus mungkin masih ada, tetapi ia TIDAK lagi boleh membiak dan tidak lagi menyebabkan penularan.

“Gejala yang masih ada seperti batuk, selsema dan badan lesu selepas tamat tempoh kuarantin biasa berlaku.

“Memang orang akan pandang apabila batuk-batuk dalam pejabat, tetapi anda tidak lagi menyebabkan penularan jangkitan,” katanya menerusi posting di Facebook KKM.

Sementara itu, individu yang disahkan positif Covid-19 menerusi kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) juga tidak perlu membuat pengesahan melalui kaedah Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) berkata, individu tersebut boleh terus melakukan pengasingan diri sebaik sahaja disahkan positif melalui RTK-Ag.

Menurutnya, pakar kesihatan berpendapat, ujian RTK-Ag sudah memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan tinggi.

“Ia berbanding RT-PCR yang sangat sensitif sehingga individu telah sembuh daripada jangkitan masih dikesan positif apabila membuat ujian menerusi kaedah tersebut.

“Dalam situasi sekarang varian Omicron yang lebih cepat merebak, ujian RTK-Ag adalah lebih efektif kerana tidak perlu tunggu sehingga 48 jam untuk mengetahui keputusan,” katanya.

Baca juga [VIDEO] Lari 10km ‘hilangkan’ Covid-19? Doktor jelaskan ia mengarut

Calitan dubur bukan bahan jenaka! 5 sebab mengapa China guna kaedah anal swab

Ujar KJ, lebih cepat keputusan ujian saringan diketahui, lebih cepat untuk seseorang individu mengambil langkah pengasingan.

Jadi, jujurlah pada diri sendiri untuk segera melaporkan jika dijangkiti Covid-19.

Tindakan jujur tersebut sangat penting bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang masih berleluasa kini.

Ini SOP terkini jika disahkan positif Covid-19;

1. Laporkan di aplikasi MySejahtera bahawa anda positif Covid-19.

Iklan

2. Kategori 1 dan 2A (tidak bergejala atau bergejala ringan) tidak perlu ke COVID-19 Assessment Centre (CAC). Hanya perlu kuarantin di rumah.

2. Laporkan status kesihatan dua kali sehari melalui Health Assesstment Tool (HAT) di MySejahtera.

Baca juga SOP terkini untuk suami menemani isteri di wad bersalin hospital kerajaan

3. Kategori 2B dan ke atas, golongan berisiko tinggi seperti warga emas 60 tahun ke atas, individu mempunyai komorbid, wanita mengandung dan individu yang tidak lengkap atau tidak divaksinasi dikehendaki hadir ke CAC.

Iklan

4. Jika gejala merosot, segera ke CAC atau fasiliti kesihatan terdekat.

5. Tempoh kuarantin yang ditetapkan adalah sama bagi kes positif bergejala atau tidak bergejala selama tujuh hari untuk yang lengkap bervaksinasi dan 10 hari bagi yang tidak lengkap bervaksinasi/tidak bervaksinasi.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI