SELAIN bahasa tubuh, percakapan atau cara pertuturan seseorang juga boleh mencerminkan sikap atau personaliti sebenar seseorang.

Ada antaranya yang suka bercakap dengan nada suara yang tinggi, manakala sebilangan pula lebih memilih untuk bertutur secara perlahan.

 

Baca juga: Mengingati mati mengurangkan hasrat duniawi kita ketahuilah sakit bukanlah syarat kepada kematian

 

Bukan itu sahaja, ada juga antara kita yang sesekali akan menyelitkan kata-kata berunsurkan sarkastik pada setiap kali perbualan, sama ada dengan senjaga atau tidak.

Justeru, ingin tahu bagaimana sifat dan personaliti seseorang berdasarkan gaya percakapan, jom semak lima fakta yang dikongsikan oleh Instagram @filesehat:

1. Sarkastik

Menurut kajian Universiti Carlifornia San Francisco, Amerika Syarikat, individu yang sering menggunakan kata-kata sarkastik dalam perbualan memiliki kekuatan mental dan fungsi otak yang baik.

Mereka juga cenderung memiliki keperibadian yang telus dan kebiasaannya memiliki karakter lebih dominan berbanding lain.

PERSONALITI seseorang boleh ditafsir menerusi gaya percakapan mereka.

2. Cakap perlahan

Secara mata kasar, kita akan melihat individu bertutur secara perlahan ini agak membosankan atau lembab. Namun, sebenarnya mereka yang gemar bercakap perlahan ini ialah seorang yang tidak mahu terburu-buru ketika menyampaikan sesuatu. Mereka sangat hati-hati agar tidak menyakiti sesiapa.

3. Bercakap cepat

Kadangkala sukar untuk kita memahami butir perbualan individu yang suka bercakap dengan cepat.

Individu yang memiliki sikap sebegitu dipercayai seorang yang terburu-buru dan mempunyai rasa ingin didengari sahaja.

Ringkasnya mereka ini mengharapkan agar orang lain lebih memberi fokus kepada diri mereka berbanding mendengarkan hal orang lain.

Iklan

4. Lemah lembut

Individu yang sering bertutur dengan cara lemah lembut kebiasaannya seorang yang mudah berasa bimbang dan kerap memikirkan mengenai pandangan orang lain.

Sifat mereka itu kadangkala menimbulkan salah faham kerana rata-rata akan berpendapat mereka hanya ingin kelihatan sempurna pada mata orang.

Bagaimanapun, sebenarnya mereka ini seseorang yang mudah khuatir jika menyinggung orang lain menerusi perbuatan atau percakapan.

5. Bercakap dengan suara lantang

Iklan

Individu yang gemar menggunakan suara lantang ketika berbicara kebiasaannya mempunyai sifat dominan dalam diri.

Di sisi baik, mereka ini dilihat sebagai orang yang tegas dan mempunyai kekuatan untuk memimpin kerana mengetahui hala tuju atau matlamat yang diinginkan.

PERIKSA gaya percakapan seseorang untuk mengetahui sifat sebenar mereka.

Mereka juga sebenarnya sekadar mengharapkan pujian atau ingin meraih sokongan, selain cuba untuk mengawal perbualan mahupun situasi dengan gambaran mereka ialah individu berkuasa.

Mungkin ada segelintirnya benar, tetapi ada juga yang sekadar ramalan sahaja. Apa-apa pun kita sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati sewaktu berbicara dengan orang lain.

Paling penting, janganlah kita dengan sengaja cuba menyinggung perasaan orang atau cuba memalukannya di depan khalayak. Ingat! sikap itu boleh dilihat sebagai pembuli.