Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

A
A
A

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS) iaitu Pingat Kebebasan Presiden daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada majlis rasmi di Rumah Putih.

Pingat tersebut diberikan sebagai tanda kejayaan bintang berusia 61 tahun itu yang muncul sebagai warga Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95, tahun lalu.

Beliau sebelum itu memegang watak cemerlang sebagai Evelyn Wang dalam filem 'Everything Everywhere All at Once' (EEAAO).

Baca ni Tan Sri Michelle Yeoh cerita pengalaman dua kali kena virus Covid-19. Ini yang membantunya

Michelle yeoh 1Biden dalam ucapannya menyifatkan anak kelahiran Ipoh, Perak itu berjaya memecahkan sterotaip sekali gus melangkaui jantina, budaya, bahasa dan dalam masa sama memberikan inspirasi kepada orang ramai menerusi lakonannya.

"Di dalam dan di luar skrin, Michael Yeoh telah menghancurkan stereotaip dan siling kaca untuk memperkayakan, meningkatkan budaya Amerika.

"Peranannya melangkaui jantina, budaya dan bahasa, mempertahankan diri untuk seni mempertahankan diri, kepada komedi romantis, fiksyen sains, untuk menunjukkan kepada kita apa yang kita semua mempunyai persamaan.

"Sebagai pelakon Asia pertama memenangi Oscar, sebagai pelakon terbaik, dia merapatkan budaya bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga memberi inspirasi dan hati terbuka. Dan itulah yang dia terus lakukan. Tahniah," katanya.

Baca juga Michelle Yeoh kini bergelar isteri, kahwini Jean Todt selepas 19 tahun bertunang

Michelle

Terdahulu, Michelle juga muncul sebagai bintang Asia pertama meraih kategori Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 pada Mac lalu.

Sementara itu, Biden turut menyampaikan penghormatan kepada atlet renang Katie Ledecky yang pernah memenangi 16 pingat emas individu dan 26 pingat keseluruhan di Kejohanan Akuatik Dunia dan enam pingat emas Olimpik.

Baca juga Ibu bangga Michelle Yeoh wanita Asia pertama menang Oscar. ‘Dia menang kerana rajin, berbakat, bijak’

Michelle yeoh

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang