TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang keraguan berkaitan status halal makanan yang ditempah.

Menerusi laman sosial TikTok, penghantar makanan yang dikenali sebagai Amir memberi peringatan kepada ‘rider’ yang lain agar bersikap jujur sekiranya mengambil tempahan makanan di sebuah restoran diragui sedangkan pembelinya seorang Muslim.

Tidak hanya itu, Amir juga mengambil inisiatif menghubungi pelanggan sebanyak tiga kali untuk memaklumkan hal berkenaan.

Baca juga: Sebaknya! Ibu luluh anak maut dibelasah selepas langgar rider, bapa tak sanggup tengok video, keluarga tuntut keadilan

Baca juga: Rider galas beg makanan jalan kaki buat ramai simpati, rupanya ini yang berlaku

“Hati-hati kepada kepada semua yang membeli melalui aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan. Tadi saya pick-up tempahan dari kedai nasi kukus tetapi tukang masaknya warga Indonesia.

“Dia menjual dalam restoran Cina dan saya tengok tiada sijil halal. Jadi saya hubungi dahulu pelanggan namun beliau tidak menjawab. Saya telefon sebanyak tiga kali.

“Maka, saya pun bergerak untuk menghantar makanan yang ditempah. Tidak tahu sama ada pelanggan makan atau tidak menu yang ditempah , yang penting saya sudah beritahu secara bersemuka,” titipnya di TikTok.

Perkongsian video berdurasi 47 saat itu mendapat reaksi positif daripada warga maya kerana tindakan tersebut mampu mengelakkan pelanggan termakan makan tidak halal.

Baca juga: Demi isteri rider, keluarga mangsa kemalangan dirempuh SUV, RM204,322 dikumpul daripada rakyat Malaysia yang pemurah

Baca juga: Kisah rider terpaksa cari pelanggan tidak bayar COD tular, lari lepas ambil makanan RM100

“Bagus ada rider macam ni. Aku sangat hargai kalau ada orang beritahu. Kadang tu kalau nak order, aku kena Google dulu baru nampak ‘specific’ sikit gambaran kedai dan lain-lain,” kata glowswithnana.

“Bagusnya abang rider ni kerana concern. Kalau ALLAH tanya abang sudah lepas tanggungjawab kerana sudah beritahu. Semoga dilimpahi rezeki,” ujar Normarissa.

“Terbaik, salah satu cara dia berjihad tanpa sedar,” kata Jrar.

“Tahniah. Sekarang ramai tidak kisah dan main tempah sahaja di kedai yg meragukan. Tanggungjawab abang sudah selesai sebab sudah maklumkan,” kongsi Ilah.

“Bertanggungjawab dan sikap peduli kepada orang lain itu sangat bagus. Bahagiannya sudah lepas, terpulang kepada orang itu sama ada hendak ambil berat atau tidak,” titip Chi Jue.

HARAM ATAU HALAL?

Iklan

Pendapatan diperolehi seseorang penghantar makanan dalam talian disifatkan haram apabila mereka mengetahui status makanan yang dihantar kepada pelanggan adalah tidak halal.

Mufti Kedah Datuk Fadzil Awang berkata, jika mereka tidak mengetahui status makanan terbabit maka hukum pendapatan diperolehi daripada perkhidmatan itu adalah halal.

Menurutnya, hukum asal jual beli yang membawa kepada maksiat dan kemungkaran adalah haram sekiranya diketahui ia adalah perkara yang haram.

Katanya, dalam konteks Malaysia yang majoriti penduduk beragama Islam, secara umumnya perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian adalah halal kerana ia termasuk dalam kategori akad ‘Wakalah Bil Ujrah’ (perwakilan yang dibayar upah) yang mana hukumnya adalah harus berdasarkan syarat-syarat ditetapkan oleh syarak.

Namun perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah menyatakan penghantaran makanan yang terdapat campuran bahan tidak halal seperti daging atau mana-mana bahagian daripada khinzir.

Selain menghantar minuman keras atau masakan dari restoran bukan Islam walaupun bahan asas adalah halal seperti ayam, tetapi sekiranya cara sembelihannya tidak patuh syarak tetap haram.

Namun jika pesanan bercampur antara makanan halal dengan haram, maka terdapat tiga keadaan yang perlu diambil perhatian.

-Jika diketahui kuantiti makanan atau minuman yang halal melebihi yang haram, maka pendapatan mereka dianggap halal.

Iklan

-Kedua, jika diketahui kuantiti makanan atau minuman yang haram lebih banyak maka adalah lebih baik dielakkan daripada memperoleh pendapatan daripada pekerjaan itu.

-Sekiranya tidak dapat dibezakan di antara kedua-duanya, maka pendapatannya adalah tidak haram. Namun, hukum mengambil pendapatan itu adalah makruh tetapi tidak digalakkan mengambilnya kerana dibimbangi termasuk dalam perkara syubhah.

Sumber: Amir D Luffy, Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!