AHAD lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) mengesahkan anak bongsunya telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids).

Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, KJ berkata anaknya, Raif telah selesai mengambil dos pertama di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Dalam pada itu, KJ turut memuat naik video ketika mengambil suntikan di laman TikTok miliknya.

Namun video yang dikongsi itu menjadi tular dan kecoh apabila ramai mendakwa ternampak jururawat yang memberikan vaksin itu membuang cecair tersebut sebelum disuntik.

Berikutan tuduhan tersebut, hari ini jururawat berkenaan tampil memberi penjelasan sebenar.

1. “Saya melakukan prosedur pemberian vaksin yang sama seperti ibu bapa yang lain. Saya ambil vaksin, tunjuk kepada ibu dan ayah, saya tunjuk juga bagaimana cecair vaksin diambil daripada botol dan isipadu cecair tersebut.”

2. “Ibu dan ayah pun maklum dan nampak, mereka bersetuju dengan dos tersebut yang mana untuk vaksin Pfizer untuk kanak-kanak hanya 0.2ml.”

3. “Oleh kerana kita berhadapan dengan kanak-kanak, kita tahu reaksi mereka kepada jarum macam mana, jadi saya perlu berinteraksi dengan dia untuk keadaan jadi tenang. Saya boleh cucuk dia dengan ok dan dia pun tak takut dengan saya.”

4. “Demi ALLAH, saya tak ada langsung keluarkan apa-apa vaksin yang tidak masuk kepada badan kanak-kanak tersebut.”

5. “Bila saya pegang dia, saya kena pastikan dia tidak bergerak. Saya terpaksa rapatkan sedikit jarak, tak tunjuk dahulu jarum untuk elak dia takut. Saya terpaksa kebawah sedikit jarum ketika itu dan beri suntikan ketika dia betul-betul tak bergerak.”

6. “Vaksin akan keluar jika kita tekan benda belakang picagari tersebut. Dengan sebelah tangan, ketika itu saya tidak sentuh tempat untuk ditekan tersebut. Selepas suntikan, saya pun tunjuk pada ibu bapa jumlah cecair vaksin yang masuk.”

Iklan

Artikel berkaitan: [VIDEO]Anak bongsu KJ terima dos pertama vaksin Covid-19, ibu bapa daftar anak di MySejahtera

7. “Saya memang tak ada buang apa pun, angin ke apa ke, memang tak ada. Apa yang saya tunjuk kepada ibu bapa ketika itu, itulah jumlah suntikan tersebut.”

Iklan

8. “Saya harap, tolong… tolong… tolonglah, kalau kita tak tahu jangan buat andaian, jangan tuduh sebab ia melibatkan kehidupan orang. Kalau terjadi pada diri sendiri, apa rasa? Saya hanya buat kerja saya sebaik mungkin untuk bagi kanak-kanak selesa. Semua kanak-kanak yang saya cucuk, saya cuba yang terbaik buat mereka untuk elakkan mereka trauma.”

Jadi, hentikan pertuduhan tidak berasas terhadap petugas kesihatan yang hanya melakukan tugas mereka demi melindungi orang ramai.