PENYANYI Shila Amzah berkongsi perkembangan terbaharunya yang kini ditahan di hospital akibat masalah darah rendah.

Menurut pelantun lagu Tiada Dirimu itu, beliau sebelum itu ke hospital bagi tujuan melakukan pemeriksaan bulanannya.

shila amzahUntuk rekod, usia kehamilannya susah memasuki minggu ke 35 dan dijangka bersalin dua minggu lagi.

Setakat ini kandungan dah 35 minggu, doktor jangkakan usia kandungan mencecah 36 ke 37 minggu untuk bersalin sebab perlu pastikan bayi cukup matang dan sihat dulu,”ujarnya.

Teksnsn darah rendah

Shila berkongsi kondisi diri menerusi Insta Stories miliknya sambil memberitahu dirinya yang belum lagi sampai masa untuk bersalin, Namun terpaksa bermalam di wad akibat masalah tekanan darah rendah yang dialaminya.

shila

Sementara itu, Ubai dalam satu kenyataan memberitahu, isterinya kini sedang dalam pemantauan doktor bagi melancarkan kelahiran cahaya mata sulung mereka.

“Shila ditahan sebab doktor dapati paras darah rendah dalam badan semasa kami buat pemeriksaan di hospital.

shila ubai

“Doktor nasihatkan dia ditahan di wad bagi menambah darah sebab risau Shila berisiko mengalami sesak nafas ketika bersalin sebab tak cukup darah,” katanya berkongsi.

Tambah Ubai lagi, Shila juga risau dan sedikit gementar untuk bersalin dan disebabkan kekurangan darah itu.

Perkongsian susmi isteri itu meraoh perhatian peminat Shila.

Rata-rata menitipkan doa semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh.

Saya doakan agar Sha dpt kluar dari Wad secepat mungkin. Moga HB Sha brtambah baik dan meningkat ke bacaan yg normal.

Moga Allah prmudahkan smua urusan Sha & Ubai. Aamiin.

‘Wah tak sabar tengok bby…semoga dipermudahkan.’

Iklan

‘Semoga dipermudahkan urusan Sya dan Ubai..gws syafakillahv Sya.’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

 

Iklan