UMUM mengetahui negara kita telah melaksanakan program vaksinasi kepada seluruh rakyat bagi membendung penularan Covid-19.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu dilihat berjaya selepas data menunjukkan penurunan kes serta kurang komplikasi buat mereka yang sudah menerima vaksin.

Bagaimanapun, terbaharu kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan suntikan dos ‘penggalak’ itu akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurutnya, ia meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dengan komorbiditi, serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

Katanya, suntikan dos ketiga tersebut dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

Ujar beliau lanjut, untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga berkenaan.

Kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan, semua perincian mengenai pelaksanaan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) dan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 akan diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ketika ini, beberapa negara termasuk ASEAN sudah mula memberi suntikan dos ketiga vaksin Covid-19, antaranya Singapura, Indonesia dan Thailand, dengan keutamaan kepada golongan berisiko seperti petugas barisan hadapan serta kumpulan rentan.

Dr Malar

Sementara itu, menurut Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Selangor, Dr Malar Santhi Santherasegapan antara fakta tentang dos ketiga adalah;

Iklan

1. Dos penggalak (dos ketiga) mungkin diperlukan untuk memanjangkan tempoh perlindungan.

  • Ini kerana jika diamati tempoh pandemik ini nampaknya tidak akan berhenti dalam masa yang terdekat. Jadi, atas alasan itu kita mungkin memerlukan dos penggalak tersebut.

2. Tidak bermaksud pemberian dos penggalak itu terus-menerus akan memberhentikan jangkitan kali kedua ataupun mengesahkan 100 peratus seseorang itu langsung tidak dijangkiti termasuk varian mutasi seumur hidup mereka.

Baca juga Kini hanya 5 PPV di Lembah Klang sedia suntikan ‘walk-in’ sehingga 30 September

Iklan

3. Dos penggalak bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih tinggi dan lebih panjang.

4. Berkisar mengenai vaksin Covid-19, tiada tempoh jaminan perlindungan yang dapat diberikan kerana kita masih belum mempunyai sebarang data tepat.

5. Secara saintifiknya (pemahaman biologi), apabila dos penggalak diberikan, perlindungan itu akan lebih tinggi dan lebih lama tempohnya supaya kita dapat redakan penularan wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.