Hanya RM1.99 seliter! Subsidi petrol BUDI95 bermula 30 September. Rakyat Malaysia 16 tahun ke atas, ada lesen memandu layak

No Image Caption
A
A
A

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harga petrol RON95 akan diturunkan bermula 30 September ini disambut baik.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataanya memaklumkan beberapa  info penting berkaitan seperti berikut:

1-Sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) membolehkan rakyat membeli bahan api itu RM1.99 seliter berbanding harga pam semasa RM2.05.

2-Bagi golongan yang tidak layak, seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahap tanpa subsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

3-Semua warganegara, tanpa mengira tahap pendapatan, yang mempunyai lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat BUDI95 secara automatik. 

4-Semua rakyat layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan. 

5-Pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka. Siling kelayakan bulanan ini telah ditetapkan berdasarkan dapatan kajian Jabatan Perangkaan, di mana lebih 99 peratus pemandu kenderaan persendirian di Malaysia tidak melepasi jumlah itu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

6-Tiada pendaftaran diperlukan.

7-Dengan hanya satu langkah tambahan, iaitu pengesahan dengan MyKad untuk urusan membeli RON95 pada harga bersubsidi.

8- Terminal pembaca MyKad disediakan di dalam kedai stesen minyak dan juga di terminal pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan. 

9-Di samping itu, terdapat opsyen digital e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan CaltexGo.

10-Pelaksanaan program BUDI95 akan dijalankan secara berperingkat untuk memastikan kelancaran sistem tanpa lonjakan penggunaan yang mendadak.

11-Pada 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUD195 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis.

12-Pada 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40.

13-Pada 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

14-Kerajaan menasihati rakyat agar memastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah sebelum peralihan kepada BUDI95. 

15-Bagaimanapun, rakyat tidak perlu tergesa-gesa memperbaharui MyKad sekiranya mereka berjaya menebus bantuan SARA atau Penghargaan SARA, kerana itu membuktikan cip MyKad berfungsi.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang