Meriahnya Festival Selangor @Batu Laut 2024, rungkai rahsia keunikan budaya dan kepelbagaian rumpun etnik Selangor

No Image Caption
A
A
A

BUAT julung-julung kalinya, Festival Selangor @Batu Laut 2024 dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor bersama Kelab Iltizam Selangor.

Program rakyat yang turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Selangor itu berlangsung pada 6 hingga 8 September 2024 (hari ini) di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor.

Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran Mohd Haris berharap, penganjuran tersebut dapat menjadi satu platform pertemuan badan bukan kerajaan (NGO) seni budaya.

“Pada masa sama, Festival Selangor @Batu Laut 2024 dapat menjadi asas penyemarakan, pemeliharaan dan pemuliharaan seni serta budaya serumpun yang unik di Selangor.

“Festival itu juga diharapkan mampu menjadi hab seni budaya Selangor yang mampu menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa, sekali gus menaikkan ekonomi negeri melalui industri pelancongan budaya,” ujarnya dalam kenyataan.

Lebih menarik, Festival Selangor @Batu Laut 2024 memperlihatkan keunikan dan kepelbagaian budaya masyarakat Jawa, Bugis, Mendailing, Banjar, Melayu, Orang Asli, Cina, India dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Antara pengisian utama festival tersebut ialah Pertandingan Keroncong Antarabangsa Malaysia, Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat Negeri Selangor dan Batu Laut Culture Warrior.

Orang ramai dipelawa untuk memeriahkan pelbagai aktiviti mencungkil bakat, pertandingan silat, sukan rakyat, fun run/fun ride dan demonstrasi/pertandingan makanan tradisi.

No Image Caption

Jangan lepaskan peluang untuk melihat lebih dekat Pasar Saloma, Jualan Ehsan Rahmah, Jualan Agro Madani, Pertandingan Sukan Layar, Perkhemahan Pengakap dan Glamping Budaya.

Festival berkenaan dihiburkan lagi dengan persembahan muzik seperti keroncong dan gordang sembilan, Pertandingan Busana Tradisional, Demonstrasi Pembuatan Wau Kapal dan Simulasi Perkahwinan Tradisi Etnik Jawa, Bugis, Banjar, Mendailing serta Orang Asli Mah Meri.

Pameran/demonstrasi interaktif melibatkan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Jabatan Penyiaran Negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga terlibat sama.

Tidak terkecuali, Tenaga Nasional Berhad, Hospital Banting, Jabatan Kesihatan Kuala Langat, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Selain itu, festival meriah tersebut mendapat sokongan beberapa syarikat korporat yang menaja program berbentuk kewangan dan perkhidmatan seperti SPD Events Asia, Rangkaian Hotel Sri Malaysia dan Kayden Ahmad Resources.

Penganjuran festival itu dilihat memberi ruang dan peluang kepada persatuan, pertubuhan serta sektor swasta dalam penglibatan penganjuran aktiviti yang mampu memberi impak kepada pendapatan serta ekonomi negara.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari Facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang