Petua rezeki Rizalman melimpah-ruah, Yayasan RI antara lubuk pahala buat semua. Sumbang RM500,000 baik pulih MCH Liverpool

No Image Caption
A
A
A

NAMA Datuk Rizalman Ibrahim tak perlu nak diperkenalkan lagi apabila sumbangan beliau terhadap industri fesyen tanah air cukup membanggakan.

Apatah lagi, personaliti tersohor tanah air itu kini giat melaksanakan kerja-kerja murni demi membantu mereka yang memerlukan menerusi Yayasan Rizalman Ibrahim (Yayasan RI).

Beliau yang berikrar mahu membantu membangunkan ummah selagi dipanjangkan umur, kudrat dan rezeki yang melimpah-ruah itu terpanggil untuk memulihara Rumah Komuniti Malaysia (MCH) Liverpool, United Kingdom.

Idea itu tercetus selepas anak jati Georgetown, Pulau Pinang itu tersentuh melihat kondisi premis yang sejak berdekad lamanya menjadi lokasi perhimpunan warga Malaysia di sana.

No Image Caption

Apa yang membuatkan usahawan tersebut lebih beremosi apabila meninjau keadaan MCH Liverpool sangat ‘lesu dan tidak bermaya’, selain memerlukan pemuliharaan segera.

Untuk rekod, bangunan tiga tingkat berkenaan dibangunkan oleh sejumlah mantan kelasi kapal Melayu pada tahun 1970-an sebagai penempatan pesara dan keluarga.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ini kerana kawasan tersebut menjadi pilihan sebagai perkampungan Melayu di luar bandar dengan jarak kira-kira 300 kilometer dari London.

Bagaimanapun, peralihan masa seiring dengan tekanan kos hidup yang semakin tinggi, MCH Liverpool turut sama terkena tempias arus perubahan.

No Image Caption

Memahami keperluan yang mendesak, sebanyak RM500,000 disalurkan Yayasan RI melalui Dar Al-Qari Resources iaitu entiti yang bertanggungjawab menyelia dan membantu kerja-kerja pembaikan MCH Liverpool.

#istiadatberinai #tengkuputeriafzan #pahang #perkahwinandiraja #sinarplus #lifestylesinarharian" />

Tidak ketinggalan, dana yang diperuntukan bagi proses menaik taraf MCH Liverpool juga sumbangan orang ramai yang disalurkan terus ke Yayasan RI.

No Image Caption

Ujarnya, bantuan untuk MCH Liverpool di bawah jenama Qari International itu berteraskan kepada tanggungjawab menyediakan prasarana dan perkhidmatan yang komprehensif dalam kerja-kerja pembangunan ummah.

“Sebagai khalifah di bumi Allah SWT, saya melihat ada keperluan untuk membantu. Ia bukan untuk diri saya tetapi lebih kepada memberi sinar dan harapan kepada warga Malaysia di Liverpool berhubung kepentingan MCH.

“Dari itu, saya menyimpan niat dan keazaman untuk memberikan sinar baharu dengan membaik pulih bangunan di bawah payung Yayasan RI,” kata dermawan berusia 53 tahun berkenaan ketika hadir menyempurnakan majlis perasmian wajah baharu MCH Liverpool.

No Image Caption

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Dar Al-Qari Resources, Jailani Jantan berkata, kerja-kerja membaik pulih premis itu seiring dengan objektif utama entiti berkenaan iaitu menjalankan kerja-kerja dakwah.

Susulan kerja-kerja pemulihan tersebut, pimpinan Qari International akan bersama pengurusan MCH Liverpool untuk merancang projek jangka panjang bagi menghidupkan premis itu.

Kata Jailani, antara projek yang dicadangkan Qari International kepada MCH Liverpool ialah menganjurkan kelas-kelas pengajian dakwah dan agama, selain tidak melupakan kepentingan budaya Melayu untuk diterapkan kepada warga di sana.

No Image Caption

“Apa yang perlu ditekankan mengenai pengisian MCH Liverpool ialah aktiviti kegamaan dan kebudayaan.

“Kita memahami, masyarakat yang akan sentiasa berkunjung ke MCH Liverpool ialah warga Malaysia yang sudah lama bermastautin beserta anak-anak dan cucu-cucu mereka.

“Komuniti ini juga tidak mahu generasi baharu lupa akar umbi Melayu termasuk bahasa dan cara hidup. Jadi, harus ada pengisian yang boleh mengingatkan mereka untuk sentiasa mengenai asal-usul generasi mereka,” jelas Jailani lagi.

Qari International merupakan salah satu jenama di bawah Pusat Pusat Pengajian Al-Quran Al Qari selain QaRI dan QaRIah yang merupakan salah satu dari tujuh Portfolio di bawah struktur Dar Al-Qari Resources.

Untuk perancangan jangka masa depan, Jailani juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan insititusi pengajian tinggi lokal yang mempunyai rangkaian strategik dengan Yayasan RI demi program di MCH Liverpool.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang