Rasa pedih, bengkak dan kulit melepuh bila kena gigit, lelaki ini kongsi petua mudah halau semut charlie

No Image Caption
A
A
A

SERANGAN serangga berbisa seperti semut charlie memang menakutkan. Apatah lagi bila ia menyebabkan kesan buruk terutamanya si kecil.

Bukan saja menyebabkan bengkak dan kemerahan, bisa gigitan semut tersebut menyebabkan rasa gatal sehingga kulit boleh melepuh teruk.

Baru-baru ini, penduduk Pangsapuri Melodi Perdana di Puncak Alam, Selangor antara mangsa serangan gigitan semut charlie.

Lapor Sinar Harian, kejadian tersebut sudah berlarutan sejak Disember lalu dan terkini jumlah mangsa melibatkan 55 orang (setakat artikel ini ditulis).

No Image Caption

Antara kesan yang dialami penduduk seperti bengkak yang menyakitkan pada kawasan muka, badan, tangan dan kaki sehingga meninggalkan kesan parut.

Jika terkena kepada mereka yang alergi, impak gigitan berbisa menyebabkan rasa pedih dan gatal berpanjangan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Menurut kenyataan penduduk, serangga itu ditemui pada dinding dan siling rumah, selain mudah tertarik pada lampu yang dipasang pada waktu malam.

Meskipun pelbagai usaha untuk menghapuskan semut charlie termasuk semburan racun serangga, namun sehingga kini isu tersebut masih belum dapat diselesaikan.

No Image Caption

Tukar warna lampu

Bagi menyelesaikan isu gangguan semut charlie di rumah kalian, Khairul Naim melalui akaun TikTok berkongsikan tip praktikal yang boleh dicuba.

Pertama sekali, beliau mengesyorkan kaedah tanpa penggunaan racun serangga untuk menghalau semut tersebut dengan rajin memotong rumput di kawasan rumah.

No Image Caption

Ini kerana menurutnya, habitat semut charlie dikenal pasti dari rumput dan perlu trim setiap bulan bagi mengurangkan pembiakan serangga tersebut.

Lagi satu pesannya, menukar lampu rumah daripada putih kepada warm white (warna oren) boleh mengurangkan populasi semut charlie masuk ke dalam rumah kerana ia tertarik pada lampu terang.

No Image Caption

Elakkan pegang atau sentuh

Seorang lagi pengguna TikTok, Anna Hana juga berkongsikan petua yang boleh dicuba seperti berikut:

1. Elak bersentuhan kalau terjumpa semut charlie.

2. Tiup kalau ia berada di kawasan tubuh badan kita.

No Image Caption

3. Cepat basuh dengan sabun jika ada cecair yang keluar dari badan semut charlie.

4. Tutup lampu bila tidur.

No Image Caption

5. Guna racun perosak yang bersesuaian.

Moga tip yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang