Sambutan ulang tahun ke-95 Boh meriah, bawa tema bru untuk masa hadapan

A
A
A

BOH, pengeluar teh terbesar di Malaysia dan penanam teh yang dipercayai dari Cameron Highlands, meraikan ulang tahunnya yang ke-95.

Bertemakan 95 dan bru untuk masa hadapan, majlis dimulakan dengan mengimbau perjalanan jenama yang sudah bertapak 95 tahun bermula pada tahun 1929.

Pengasasnya, J.A. Russell, bersama dengan penanam veteran A.B. Milne, membangunkan ladang teh pertama di Malaya, iaitu Ladang BOH, di Cameron Highlands.

No Image Caption

Nama BOH berasal daripada 'Bohea', bukit di Wilayah Fujian, yang terkenal dengan gred teh premium dalam perdagangan awal teh di China.

BOH, di bawah kepimpinan dan visi mantan Pengerusi, mendiang Datuk Tristan Russell, telah memodenkan seni pembuatan teh dengan melabur dalam teknik dan infrastruktur inovatif yang meninggalkan impak perubahan terhadap operasi BOH.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ke-95 BOH, teh edisi terhad, Tristan's Reserve, telah dicipta khas sebagai penghormatan istimewa buat insan ini.

Kini, 95 tahun setelah ia ditubuhkan, BOH terus berdiri teguh dalam pasaran. Sebagai salah satu daripada beberapa syarikat teh yang masih mengawal sepenuhnya keseluruhan proses pembuatan hingga ke pemasaran teh, BOH menghidangkan teh paling segar kepada pengguna, dari 'ladang teh ke cawan teh'.

No Image Caption

Dalam ucapannya di sambutan komuniti, Caroline Russell, cucu J.A. Russell dan kini Pengerusi Eksekutif BOH, mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas sokongan dan kepercayaan luar biasa yang diberikan kepada BOH sepanjang dekad ini.

"Tatkala kita maju melangkah ke hadapan, BOH sentiasa berpandangan jauh dan di samping terus prihatin untuk memelihara kelestarian (sustainabiliTEA) kami. Malah kami terus memupuk hubungan kami bersama komuniti, dalam usaha kami untuk membina masa hadapan yang lebih baik berteraskan visi Bru Untuk Masa Hadapan (Brewing for Tomorrow). Ini membentuk sebahagian daripada jati diri BOH.

"Harapan kami yang tulus ialah komuniti kami, baik hari ini mahupun hari esok, dapat membina hubungan erat dan ikatan mesra ketika mereka berkongsi pengalaman, menambah baik kesejahteraan mereka dan menikmati pelbagai detik Ummph bersama. Secawan teh BOH dapat membantu menghubungkan kita dengan diri kita sendiri, rakan-rakan dan keluarga kita, dan juga Bumi," kata Caroline.

Menyelusuri tahun-tahun perjalanannya, BOH telah mengembangkan rangkaian tehnya untuk memenuhi citarasa pelanggan di dalam dan di luar negara. Pilihan ini turut menampilkan teh hitam, teh dari satu ladang, teh hijau, teh ais, teh campuran segera, teh herba dan buah-buahan, serta teh berperisa.

No Image Caption

Malah, label berkenaan telah mengeluarkan Imunitea, teh susu segera perisa Hazelnut pertama di Malaysia yang diperkaya dengan Wellmune®, beta glucan semulajadi terkemuka yang telah terbukti secara klinikal membantu menguatkan sistem imun.

No Image Caption

Turut dianjurkan dalam sambutan ulang tahun ke 95 ialah inisiatif BOH Wish Tree. Komuniti dijemput untuk menulis buah fikiran mereka tentang bagaimana mereka boleh bersama-sama BOH dalam mencorak masa depan yang lebih baik untuk Bumi kita.

Untuk setiap ‘wish card’ yang diterima, BOH akan menyumbangkan RM 20 kepada Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) untuk menyokong usaha-usaha Biodiversiti Bandar.

Sementara itu, duta jenama BOH, Fazura, telah melancarkan koleksi tudung terbaru Tudung Fazura, yang direka khas untuk Ulang Tahun ke-95 BOH.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang