#ShinjiNakano trending di Malaysia, ramai netizen tak puas hati isu pelanggaran hingga gugat peluang peroleh pingat. Rupa-rupanya ini yang berlaku!

No Image Caption
A
A
A

INSIDEN pelanggaran pada acara perlumbaan berbasikal trek final, kierin di Sukan Olimpik Paris 2024 nampaknya mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, ramai yang tidak berpuas hati apabila atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom disingkirkan dalam acara tersebut.

Lagi mengecewakan, harapan untuk menempah pingat untuk acara berkenaan bagi Malaysia terkubur sekelip mata selepas hanya menduduki tempat ke-6.

No Image Caption

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan bila #ShinjiNakano menjadi trending di aplikasi X rentetan kemalangan itu dikatakan membabitkan pelumba Jepun dan Britain.

Wakil Jepun, Shinji Nakano itu bersama pesaing dari Britain, Jack Carlin dan Muhammad Shah Firdaus terlibat dalam nahas tersebut pada hujung perlumbaan.

No Image Caption

Akibatnya, Nakano dan Carlin diklasifikasikan sebagai DNF (tidak menamatkan perlumbaan) manakala Muhammad Shah Firdaus menerima status REL (disingkirkan).

Artikel Berkaitan:

Video pendek yang tular di media sosial tersebut menimbulkan kemarahan peminat sukan tanah air apabila Nakano dikatakan punca pelanggaran.

No Image Caption

Rata-rata mereka yang meninggalkan komen berbaur kemarahan dan sindiran di aplikasi X hingga menjadi trending dengan lebih 12,000 hantaran direkodkan.

Memetik kenyataan Muhammad Shah Firdaus dalam Sinar Harian, anak jati Muar itu memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia menerusi hantaran Instagram baru-baru ini.

No Image Caption

“Assalamualaikum dan salam sejahtera Malaysia. Terkelu, tergamam dan mungkin berbagai reaksi yang ada daripada semua yang menyaksikan aksi perlumbaan akhir Keirin semalam.

Bagi saya, dunia rasanya terhenti seketika. Berat, payah, perit untuk saya hadam. Rasanya seakan semua harapan, perit jerih, susah payah saya sejak hari pertama hancur lebur, sedangkan ia sudah terbuka luas untuk digapai.

No Image Caption

Pada situasi itu, sukar untuk saya rasionalkan semua yang berlaku. Namun, sebagai muslim kita perlu redha atas semua ketentuan. Kita merancang, Allah merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Kita memohon dan berusaha dengan pengetahuan kita yang terbatas, tetapi Allah merancang dgn ilmu-NYA yang maha luas. Untuk semua doa, sokongan dan semangat kalian, saya dengan rendah hati, mengucapkan ribuan terima kasih. Terima kasih kerana selalu menjadi kekuatan di belakang saya. Semoga Allah membalas yang lebih baik buat semua.

No Image Caption

Terima kasih juga buat KBS,OCM, MSN, ISN dan atas khidmat sokongan. Tidak dilupakan juga buat Kerajaan Negeri Johor dan MSNJ yang selalu menjadi tulang belakang saya sepanjang karier.

Suka juga untuk saya menggunakan platform ini untuk kita saling mengingatkan bahawa, kami sebagai atlet sangat menjaga nama baik negara Malaysia yang kita cintai ini daripada pelbagai aspek.

Oleh itu, saya berharap warga Malaysia yang menyokong dan menonton acara-acara sukan, apatah lagi di pentas sebesar ini untuk turut menjaga nama baik negara.

No Image Caption

Apa jua yang berlaku di lapangan dan gelanggang, jangan sesekali diheret sebagai isu peribadi dan emosi. Negara kita negara yang penuh budi bahasa, semoga terzahir dalam konteks sukan juga.

Di akhir nukilan ini, saya ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada keluarga tercinta dan juga team berbasikal trek Malaysia yang telah saya anggap sebagai keluarga.

Segala jatuh bangun saya, kalianlah yang sentiasa di sisi. Terima kasih untuk seluruh kasih sayang dan pengorbanan.

Terima kasih Malaysia

“Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah”

-Shah Firdaus

Sementara itu, adik kepada pelumba berkenaan, Muhammad Ridwan Sahrom meminta orang ramai supaya tidak menyerang negara lain yang terlibat dalam pelanggaran itu.

No Image Caption

Berikut petikan ayat yang dikongsikan di akaun Instagram rasmi milik beliau:

“Hi everyone,

To all Malaysia sports fan, please do not attack other countries that are involved in the crash at Keirin Olympic between Shah & Japanense rider.

In Keirin racing everything can happen we cannot blame or judge on what happen, whether it is an accident or not.

Please remain calm and do not attack/comment anything bad to the Japenese rider's Social Media.

Thank You.”

No Image Caption

Aduhai, ramai yang bangkit menuntut keadilan, tak kurang juga yang bersedih Malaysia kehilangan potensi pingat yang mungkin dapat diraih meski tempat ketiga dalam acara tersebut.

Apapun kita masih ada masa lagi untuk beraksi dengan lebih baik ketika berdepan Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat nanti.

Malaysia boleh!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang