Penyertaan terbatal Azizulhasni kongsi penjelasan, warganet luah sokongan tidak henti hargai jasa. 'You will always be our gold'
PENYERTAAN batal selepas memintas 'pacer' seawal saringan pertama bagi acara keirin Olimpik 2024 di Paris, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menjelaskan situasi sebenar dan dakwaan ketidakadilan yang berlaku.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul," kongsinya menerusi Instagram.
Menurut Azizulhasni, selepas beliau dan seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom mendapat posisi keenam dalam undian, mereka sudah merancang bersama jurulatih, John Beasley untuk memenangi saringan masing-masing.
"Hasil perbincangan bersama jurulatih John Beasley, plan terbaik adalah untuk terus ke hadapan dan cuba mendapatkan posisi paling hadapan seawal mungkin.
"Ini adalah kerana ada beberapa pelumba front runner (senko) berada di hadapan. Jika pelumba hadapan terus memecut awal, ia akan meletakkan saya di situasi sukar untuk bergerak ke hadapan pada kelajuan tinggi berdasarkan beberapa pelumba yang berada di hadapan saya.
"Akan ada kemungkinan halangan dan jarak oleh beberapa pelumba hadapan jika saya menggunakan taktik menunggu. Jadi saya harus memilih taktik terbaik untuk meningkatkan kemungkinan untuk menang, dan bergerak awal ini juga saya ada lakukan ketika pusingan awal di Olimpik Tokyo dahulu.
"Berbaki satu pusingan sebelum pacer keluar saya sudah bergerak ke hadapan secara perlahan-lahan dari belakang, ini sama ketika saya lakukan di perlumbaan Kejuaraan Asia di Kuala Lumpur dahulu juga.
"Perancangannya adalah untuk bergerak ke hadapan dan berada di sebelah luar pelumba pertama atau kedua dan selepas pacer keluar saya akan terus memecut untuk merebut kedudukan posisi paling hadapan (pertama).
"Namun, ketika melepasi selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan daripada pelumba Perancis. Himpitan itu terlalu agresif dan bagi saya ia disengajakan kerana melanggar saya dan saya hampir terjatuh.
"Saya terselamat daripada jatuh kerana tindak balas pantas dan kemahiran yang saya ada.
"Tidak cukup dengan itu beliau mengekori rapat di sebelah dan masih cuba memberikan himpitan kedua dan di dalam keadaan seperti itu, reaksi saya adalah bergerak ke hadapan untuk mengelak daripada beliau.
"Sebagai seorang pelumba keirin yang elit, kita tahu kelajuan untuk pacer sebelum keluar. Biasanya di lap terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat pada kelajuan 50-55 kilometer sejam (km/j).
"Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi, pacer bergerak lebih perlahan berbanding kelajuan sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat.
"Saya yang tengah bergolak dengan pelumba Perancis itu perasan pacer masih belum memecut keluar, terkejut dan cuba back pedal sebagai cara untuk brek akan tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahankan kelajuan seperti yang diinginkan.
"Berdasarkan peraturan perlumbaan, tayar belakang pelumba tidak boleh memotong pacer sebelum pacer keluar di pursuit line iaitu line halus di tengah front stretch (bukannya starting line).
"Adakah tayar belakang saya memotong pacer sebelum pacer keluar? Jawapan saya adalah ya, akan tetapi ia adalah tidak disengajakan dan juga adalah disebabkan oleh dua keadaan.
"Pertama blocking dan himpitan berterusan daripada pelumba Perancis dan kedua, adalah kerana pacer bergerak pada kelajuan hanya 40-45 kim/j dan tidak pada kelajuan sepatutnya dan tidak memecut keluar seperti kebiasaan.
"Jurulatih, John Beasley dan pengurus, Pasukan Izham Mohammad terus berjumpa dengan pihak panel komisar sejurus kejadian dan menjelaskan keadaan dan memohon untuk mereka review kembali video perlumbaan dan keputusan.
"Namun mereka memilih untuk kekal dengan keputusan yang sama," katanya.
Menurut Azizulhasni, keadaan seumpama itu pernah berlaku dalam perlumbaan sebelum ini tetapi pihak komisar hanya memutuskan memulakan kembali perlumbaan tanpa ada pelumba yang tersingkir.
Dalam pada itu, beliau berharap orang ramai terus memberikan sokongan dan mendokaan Shah Firdaus yang telah mengesahkan slot ke suku akhir acara keirin lelaki.
"Saya percaya Shah Firdaus mampu melakukannya," tambahnya.
Terdahulu, susulan penyingkiran, Azizulhasni dilaporkan enggan bercakap dan masih sedih oleh jurulatihnya, Beasly.
Warga maya menerusi ruangan komen laman sosial meluahkan ketidakadilan penganjur sukat berprestij itu. Rata-rata terus menyatakan penghargaan buat Azizulhasni dan menyifatkan beliau sebagai 'pingat emas' milik negara.
Ujar mereka:
"Qadarallah Datuk. ALLAH knows best. You will always be our gold and lifelong champion!"
"You are still our champion, @azizulhasniawang. Please don't be so hard on yourself, ALLAH may be protecting you from something. We are proud of you and we thank you for everything you've done, and will continue to do for Malaysia,"
"Datuk @azizulhasniawang, anda tetap juara buat Malaysia."
"You are still our hero, our only Pocket Rocketman."
"Achievement sebelum ini sudah cukup membanggakan. Anda tetap legenda dan atlet terbaik dalam memberikan komitmen kepada Malaysia. Salute."
"You have done the very best dari dulu hingga kini. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan Datuk lakukan untuk Malaysia untuk hampir 20 tahun ini. You're still our champ, the only Pocket Rocketman!"
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang