Michelle Yeoh lakar sejarah, sampaikan pingat Olimpik Paris 2024 untuk pemenang 3M papan anjal
BUAT pertama kalinya, pelakon berasal dari Malaysia yang terkenal di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, menerima penghormatan untuk menyampaikan pingat kepada para pemenang acara terjun 3 meter papan anjal pada Jumaat.
Anak kelahiran negeri Perak itu berkongsi perasaan terujanya mendapat peluang keemasan itu menerusi akaun Instagram miliknya.
"Penyampaian pingat Olimpik pertama saya kepada salah satu sukan kegemaran saya. Hebat. Tahniah kepada China dan Australia. Anda memang layak," katanya.
Sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC), wanita berusia 62 tahun itu dilihat tidak henti-henti memberikan sokongan padu buat atlet yang berjuang di temasya sukan terkemuka itu.
Terdahulu, bintang ternama itu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 pada 6 Ogos dan menerima ucapan dari Universal Pictures.
Malah, bersempena dengan itu juga, Universal Pictures turut memberi sumbangan kepada Yayasan Pelarian Olimpik atas nama beliau sebagai sokongan.
Yeoh turut dikenali dalam usaha mengetengahkan isu-isu kemanusiaan, dengan memberi penekanan kepentingan penyertaan atlet-atlet pelarian.
Yeoh turut memuat naik gambarnya bersama para atlet dari pasukan tersebut.
Bukan itu sahaja, pada Mei lalu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah menyampaikan Pingat Kebebasan Presiden kepada Yeoh.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang