“Syurga haram bagi wanita seperti itu…’Perkongsian Ustaz Azhar Idrus, isteri minta cerai tanpa sebab adalah dosa
PENCERAIAN adalah perkara dibenci oleh ALLAH SWT dan perlu dielakkan oleh pasangan suami isteri dengan mencari jalan pendamaian.
Menerusi satu video ceramah yang tular, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dengan jelas menerangkan tentang situasi isteri yang meminta cerai daripada suami.
Dalam video yang dikongsikan @insan_marhaen, Ustaz Azhar menjelaskan tentang hadis Nabi Muhammad SAW berkenaan wanita yang meminta cerai daripada suami tanpa ada kesalahan atau kejahatan yang dilakukan oleh pasangan tersebut.
“Nabi kata, mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu.
“Belum kena cerai lagi, minta cerai sahaja, maka tertutup pintu syurga. Ramai isteri yang minta cerai ini akhlak dia tak baik,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Ustaz Azhar terdapat lima perkara yang membolehkan seorang isteri untuk meminta cerai.
“Melainkan lima perkara boleh minta cerai iaitu suami tak beri nafkah, suami larang buat perkara wajib seperti larang untuk sembahyang dan menutup aurat.
Seterusnya, suami suruh buat perkara haram seperti liwat, berjudi, minum arak dan sebagainya.
“Kemudian suami dera dan yang terakhir, suami masuk penjara. Kebanyakan negeri di Malaysia minima tiga tahun penjara,” katanya.
Ustaz Azhar dalam perkongsian yang sama turut menitipkan nasihat kepada kaum wanita supaya kekal bersabar untuk menjaga keharmonian rumah tangga mereka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang