FESTIVAL muzik yang paling ditunggu-tunggu saban tahun, Rainforest World Music Festival (RWMF) kini kembali secara maya menerusi Shopee Live.

Shopee merupakan rakan e-dagang rasmi acara berprestij tersebut.

Ya! Jangan tak percaya. Acara selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Jun ini, bermula pukul 6 petang dan menariknya diadakan secara percuma tau.

FESTIVAL MUZIK SHOPEE LIVE

Ini bermaksud anda boleh menontonnya hanya dari rumah saja demi keselesaan peminat budaya dan warisan Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak, Sharzede Datu Salleh Askor berkata, RWMF menyatukan masyarakat melalui muzik dan budaya.

“Pada masa sama, ia dapat memperkenalkan keindahan dan permata negeri Sarawak. Kerjasama bersama Shopee membolehkan kami untuk terus mempersembahkan acara muzik ini dengan cara yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan.

FESTIVAL MUZIK SHOPEE LIVE

Ujar Sharzede, walaupun tidak dapat mewujudkan pengalaman dan suasana persembahan secara langsung, pihaknya berharap para peminat dan rakyat Malaysia masih dapat menikmati acara yang menyeronokkan ini bersama keluarga di rumah.

Bukan saja RWMF, penganjuran Borneo Jazz Festival (BJF) turut diadakan demi memberikan lebih keseronokan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya teruja untuk bersama menyiarkan acara RWMF dan BJF di Shopee Live kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.

FESTIVAL MUZIK SHOPEE LIVE“Sokongan kami kepada bakat-bakat tempatan tidak terhad kepada teknologi sahaja, malah turut sama mempamerkan produk unik Sarawak.

” Memandangkan kedua acara muzik ini berlangsung seiring 7.7 Jualan Tengah Tahun, kami akan mengambil peluang ini untuk memacu jualan para penjual Sarawak,” ujarnya.

Ian menambah, orang ramai boleh berhibur dengan pengalaman maya RWMF dan BJF sambil menikmati juadah autentik seperti laksa Sarawak, mi kolok dan teh tiga lapis di rumah.

” Masukkan sahaja perkataan ‘Sarawak’ di bar carian Shopee untuk menemui lebih banyak produk. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Lembaga Pelancongan Sarawak serta semua pemuzik untuk pengalaman maya ini,” ucapnya.

FESTIVAL MUZIK SHOPEE LIVE

Sejak tahun 1998, RWMF sudah berkembang menjadi acara yang dinanti-nantikan setiap tahun yang mana semua pengunjung seluruh dunia berkumpul di kaki Gunung Santubong untuk menikmati kepelbagaian muzik melalui bengkel, pameran budaya serta kraftangan, makanan dan konsert.

Sayangnya, pada tahun lepas, pesta tersebut terpaksa dibatalkan berikutan penularan wabak Covid-19.

RWMF 2021 Virtual Experience akan menampilkan barisan artis yang menarik antaranya Alena Murang, KEMADA, Sang Rawi, Mathew Ngau, At Adau, Suk Binie’, Nading Rhapsody dan juara Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA), Tuku‘ Kame’.

FESTIVAL MUZIK SHOPEE LIVE

Iklan

FESTIVAL MUZIK SHOPEE LIVE

FESTIVAL MUZIK SHOPEE LIVE

Selain itu, BJF akan menghiburkan penonton dengan barisan pemuzik jazz seperti Clinton Jerome Chua, O-Ha Soul Band, Nisa Addina, Ta’Dan dan ‘Prince of Borneo’, Pete Kallang.

Acara BJF akan diadakan bermula 25 Jun hingga 27 Jun pada jam 6 petang. Jangan lupa set kalendar masing-masing ya!

Bagi merancakkan acara, Lembaga Pelancongan Sarawak juga membuka kedai rasminya di Shopee untuk menampilkan produk termasuk baju-T edisi terhad RWMF dan BJF, pelitup muka batik linut edisi terhad, pelitup muka bercorak batik edisi terhad dan produk istimewa lain dari Bumi Kenyalang.

FESTIVAL MUZIK SHOPEE LIVE

Iklan

Eh! Ada lagi yang menarik tau. Para peminat juga dapat menikmati baucar kedai dengan potongan harga hingga RM8 dan subsidi penghantaran hingga RM13.

Sambil-sambil menonton, orang ramai juga berpeluang menikmati 7.7 Jualan Tengah Tahun dengan penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM0, Pulangan Tunai Syiling Shopee 120 peratus, 7.7 juta baucar dengan penjimatan hingga 77 peratus dan banyak lagi.

FESTIVAL MUZIK SHOPEE LIVE

Pada 25 Jun nanti, Jualan Hari Gaji dan 7.7 Jualan Tengah Tahun membolehkan para pengguna menikmati Limited Time Deals, Limited Time Vouchers dan Super Brands Spotlight daripada ribuan jenama bermula dari jam 12 tengah malam.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Shopee Live pada setiap malam minggu pada jam 8 malam untuk menyaksikan permainan Shopee Guess The Price dan memenangi wang tunai sebanyak RM5,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai RWMF dan BJF serta barangan edisi terhad, layari Shopee Live.