BABAK lakonan seorang aktor dan pelakon wanita baru tular di laman sosial.

Video berdurasi 23 saat itu dipercayai sedutan sebuah drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan akan datang.

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang menzahirkan rasa kecewa. Malah ia disifatkan melampaui batas.

“Hela nafas panjang saya apabila sebuah drama tular untuk ditayangkan pada bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia bagi mengejar takwa.

“Namun seolah ia dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampaui batas yang perlu ditegur,” katanya.

Menurut Idris perkara itu melibatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang berlebihan dan mengundang maksuat.

“Hiburan tidak dihalang dalam Islam. Namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas.

“Apatah lagi melibatkan ikhtilat  (pergaulan) yang berlebihan dengan adegan ternyata mengundang maksiat,” katanya.

Tambah Idris, pihaknya tidak akan membiarkan perkara yang mencemarkan fitrah dalam agama.

“Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halang, tapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati.

“Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai mempersiapkan diri menghadapi bulan Ramadan.

Iklan

“Persiapkan diri, pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling kita agar memeriahkan Ramadan dengan penuh pengharapan dan keinsafan.

“Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela. Moga ALLAH terus memimpin kita,” katanya.

Baca juga: Bukan Rolex, Menteri Agama pakai jam bawah RM300, ada fungsi arah kiblat, waktu solat

Iklan

Baca juga: Isu Jam Rolex: Siti Kassim Minta Maaf, Menteri Agama Doakan Diberi Kesihatan Baik

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI