UMUM kini tertumpu kepada kes remaja Sindrom Down, Bella yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Kes Bella yang mula tular Julai tahun lalu bukan hanya membuka mata ramai orang kepada pengabaian kanak-kanak, malah turut membongkar pengoperasian pusat penjagaan kanak-kanak secara haram.

Bella terdahulu pernah ditempatkan di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota iaitu Rumah Bonda.

Rumah kebajikan itu juga didapati beroperasi secara haram sejak 2019 dan tidak pernah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Baca juga: Siapa Bella? Berikut Kronologi Bagaimana Dia Boleh Berada Di Rumah Kebajikan Hingga Ditemui Melecur Teruk


Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam perkenan untuk membantu menegakkan keadilan bagi kanak-kanak istimewa itu.

Antara langkah yang dilakukan ialah menawarkan khidmat peguam-peguamnya secara percuma sebagai peguam pemerhati bagi kes Bella dan mengadakan pertemuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Baca juga: 7 Kenyataan Saksi Kes Bella Buat Ramai Terkedu, Che Puan Besar Khaleeda Ikrar Bantu Tuntut Keadilan

Pertemuan TMJ dan Che Puan Besar Khaleeda dengan Rina di Royal Johor Polo Club, Johor Bahru turut disertai Wakil Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia Amanda Bissex, dan , Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hajah Khairin-Nisa Ismail.

Dalam pertemuan tersebut, TMJ telah mencadangkan tiga langkah penting yang perlu dilakukan bagi memastikan kes-kes seperti kes Bella tidak berulang seperti berikut;

1. Pindaan perundangan

Penambahbaikan undang-undang semasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan segera. Ia harus merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan bagi memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam.

2. Penguatkuasaan

JKM perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan dan segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar dengan JKM atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta. Tindakan undang-undang harus diambil terhadap pengusaha/pemilik pertubuhan yang dijalankan secara haram.

Gambar hiasan

3. Syarat pusat jagaan dikaji

Kajian segera perlu dibuat mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak bermula di Johor ditauliahkan bersama-sama dengan garis panduan daripada UNICEF dan institusi-institusi bebas lain. Hasil kajian tersebut akan didedahkan kepada umum.

Baginda berharap implementasi langkah-langkah berkenaan dijalankan segera bagi menjaga kebajikan kanak-kanak.

Baca juga: #SiBibirMerah Isu Perbicaraan Kes Tragis Bella Makin Panas, TMJ Tawar Peguam Pemerhati Percuma

“Saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera.

“Saya ingin menegaskan bahawa kebajikan kanak-kanak, terutamanya yang berada di rumah perlindungan hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik,” titah baginda menerusi laman sosial Facebook rasmi.

Perkara itu turut disambut baik warga maya yang rata-rata menyokong cadangan yang dikemukakan.

Iklan

-“Alhamdulillah satu tindakan pantas dan tegas akhirnya diambil. Syukur selepas ini ada pantauan daripada pihak berkuasa. Moga nasib anak-anak syurga terbela da sentiasa dalam lindungan ALLAH. Harap pihak pihak rumah kebajikan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik-baiknya.”

-“Ya ALLAH, tiba-tiba mata berkaca seketika. Terharu dengan usaha murni Tunku dan Che Puan Besar Khaleeda.”

-“Kepimpinan negara perlukan ‘push factor’ seperti mana yang Tunku usahakan.”

-“Sebagai bapa kepada seorang anak Sindrom Down saya bersyukur diatas keprihatinan Tunku dan isteri.”

-“Menjunjung Kasih Tunku, keprihatinan tegas untuk keadilan Bella dan tanggungjawab mereka yang terbabit.”

Iklan

-“Terbaik dan sangat fast action Tunku. I am really touch with the effort from Tunku dan Che Puan. Kami rakyat Malaysia sangat menghargai keprihatinan Tunku dan Che Puan dalam menangani dan mencari keadilan kes Bella serta membela nasib kanak-kanak di pusat jagaan.”

4 PEGUAM PEMERHATI HADIR

Dalam perkembangan berkaitan, 4 peguam pemerhati dilantik TMJ hadir mahkamah bagi perbicaraan kes Bella.

Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur disertai empat peguam pemerhati iaitu Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Baca juga: Bella cedera dipercayai akibat disimbah air panas, ini tahap dan tanda kecederaan akibat melecur

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI