PERBICARAAN kes membabitkan seorang gadis kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai Bella yang dipercayai didera sedang diperkatakan ramai.

Rata-rata warga maya berasa kecewa, geram dan marah susulan melihat foto dan video yang memaparkan keadaan fizikal Bella.

Bella mengalami kecederaan fizikal pada tangan, dada, leher dan paha dipercayai melecur teruk. Remaja berusia 13 tahun yang dilahirkan sindrom Down itu didakwa didera di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Berikut adalah 20 fakta mengenai Bella yang diceritakan oleh aktivis dan guru, Mohd Fadli Salleh.

1.Bella ditemui sekitar lapan tahun lalu mundar mandir seorang diri tanpa penjaga di setiap lorong tanpa hala tuju Kuala Lumpur.

2.Ada pihak mendakwa, adik Bella merupakan anak yatim piatu. Namun dakwaan tidak dapat disahkan secara rasmi, namun tiada pihak tampil untuk menuntut Bella.

3.Apabila ia dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak JKM mengambil Bella dan menempatkannya di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah sehingga berumur 12 tahun.

4.Bella kemudian di bawa ke Mahkamah Kanak Kanak untuk di sambung perintah penjagaan di rumah kebajikan tersebut. Dia dikatakan gembira dan bahagia tinggal di sana.

 

Baca juga: #Justiceforbella Tuntut Keadilan Adik Sindrom Down, Disyaki Didera Tangan, Dada Melecur

5.Ada penjaga yang dipanggil abah dan emak yang sangat mengasihi Bella di sana.

6.Semasa berada di mahkamah, kebetulan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun ada di sana untuk uruskan hal mahkamah anak-anak lain.

7.Apabila melihat adik Bella, Siti Bainun meminta hakim memberi peluang kepadanya untuk menjaga Bella. Siti Bainun mendakwa, dia menyukai kanak-kanak itu.

8.Semenjak itu Bella dibawa untuk menetap di Rumah Bonda sejak Julai 2020 sehingga hujung Oktober 2020 kerana Siti Bainun pun tinggal situ.

9.Penghuni Rumah Bonda sempat berkenalan dan bermesra dengan Bella yang menetap lebih kurang empat bulan di sana.

Baca juga: 7 Kenyataan Saksi Kes Bella Buat Ramai Terkedu, Che Puan Besar Khaleeda Ikrar Bantu Tuntut Keadilan

Baca juga: #justiceforbella: Warganet lega adik Bella selamat di Seremban, pemilik rumah kebajikan ditahan polis

10.Selepas itu Bella dibawa menetap bersama Siti Bainun di kondo miliknya.

11.Sukarelawan Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar sebarang berita mengenai Bella.

12.Sekitar Februari atau Mac 2021, sukarelawan Rumah Bonda berjumpa dengan adik Bella di kondominium berkenaan. Ketika itu Bella belum tiada kesan kecederaan secara fizikal.

13.Namun Bella ada memaklumkan dia tidak mahu tinggal dengan Bonda (Siti Bainun).

14.Bella didakwa banyak berkurung dalam bilik dan tidak gembira seperti tinggal di Rumah Bonda.

15.Sukarelawan Rumah Bonda berjumpa dengan Siti Bainun dan memberitahu agar Bella dipulangkan semula kepada JKM memandangkan remaja itu tidak gembira tinggal di sana.

16.Siti Bainun bagaimanapun dikatakan menolak dan meminta sukarelawan tersebut tidak masuk campur dalam urusan Bella.

Iklan

17.Pada 23 Jun 2021, kesemua penghuni Rumah Bonda termasuk yang menetap di kondo dikuarantin kerana dijangkiti Covid-19.

18.Ketika itu semuanya terdedah. Luka yang dialami Bella tidak dapat disorok lagi daripada pengetahuan doktor dan sukarelawan Rumah Bonda.

19.Dari situlah bermula kes adik Bella yang disyaki didera terbongkar.

Baca juga: #SiBibirMerah Isu Perbicaraan Kes Tragis Bella Makin Panas, TMJ Tawar Peguam Pemerhati Percuma

20. Namun ketika itu ia hanya diketahui oleh beberapa pihak sahaja dan tidak secara meluas sehinggalah usahawan dan sukarelawan, Mona Din menularkan isu terbabit.

Menurut Mohd Fadli, info-info tersebut diperolehinya daripada sumber sahih yang secara langsung telah berhubung dengan anak syurga itu sejak dia berusia 12 tahun.

Tanda pagar #justiceforbella menjadi trending selepas perbicaraan bermula 30 Mac lalu.

Iklan

Berikut adalah sebahagian daripada penderaan yang dialami oleh Bella, mengikut pendedahan saksi:

1. Dipukul dengan penyangkut baju sehingga patah;
2. Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain;
3. Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur;
4. Disimbah air panas dengan kerap;
5. Dipaksa makan najis sendiri sehingga muntah. Namun, dia akan dipaksa untuk makan lagi; dan
6. Bella dibogelkan, diikat dan dibaringkan sebelum dicurahkan air panas berwap daripada mesin penapis air pada bahagian tertentu.

Baca juga: Bella cedera akibat disimbah air panas, ini tahap dan tanda kecederaan akibat melecur

Pengasuh Bella, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes Bella mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia termasuk Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang lebih dikenali sebagai TMJ dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam. TMJ perkenan untuk menawarkan perkhidmatan peguam-peguam baginda sebagai peguam pemerhati bagi kes Bella.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI