REAKSI, cara berjalan dan pergerakan tangan antara komunikasi bahasa tubuh non-verbal.

Memetik laman web hellosehat, segala yang dilakukan itu merupakan refleksi secara sedar atau tidak oleh
seseorang ketika melakukan sesuatu perkara.

Disebabkan itu bahasa tubuh dianggap lebih istimewa berbanding komunikasi verbal yang mampu terucap dengan
kata-kata.

 

Baca juga: Kecelaruan Bipolar satu masalah mental ini yang perlu difahami 

Baca juga: Kanak-kanak menangis asyik nak balik awal persekolahan 10 perkara ini ibu bapa guru perlu tahu

 

Bahasa tubuh juga sering dijadikan tanda aras untuk mengetahui sama ada seseorang itu sedang bercakap jujur atau
sebaliknya.

Antara keadah yang boleh dilakukan ialah melihat ekspresi wajah mereka sama ada sedih, marah, gembira atau
takut.

Perhatikan gerak matanya. Kata orang mulut mampu berbohong, tetapi mata sentiasa jujur.

Sekiranya individu itu enggan bertentang mata ketika berbicara, pasti ada sesuatu yang disembunyikan.

Gerak mulut seperti menggigit bibir menunjukkan perasaan takut atau menjuih bibir sebagai tanda sedih.

Sekiranya semua tindak tanduk itu seakan boleh dibaca, bagaimana pula dengan posisi duduk.

Berikut ada penjelasan disebalik cara seseorang duduk di atas kerusi yang dipetik dari Instagram sehatkepo.idn.

1. Lutut rapat, kaki terbuka, pergelangan kaki ke dalam (A)

Mereka yang gemarkan posisi duduk sebegini dikatakan mempunyai sifat tidak bertanggungjawab dan gemar lari dari
masalah.

Seolah-olah takut menerima takdir dan sebolehnya mudah menuding jari ke arah orang lain.

Menariknya, individu yang gemar duduk begini memiliki rupa paras menawan dan berfikiran kreatif.

2. Kaki bersilang (B)

Individu yang suka duduk dalam keadaan begini sangat suka berimaginasi.

Mereka cenderung berkongsi pandangan atau apa yang terbuku di hati dengan orang lain.

Orang sebegini turut dikaitkan sebagai individu yang tidak hanya menghargai kehidupan, tetapi menikmatinya
dengan cara tersendiri.

3. Kaki terbuka, pergelangan kaki rapat (C)

Iklan

Orang sebegini dipercayai sukar untuk keluar daripada zon selesa mereka.

Hanya memberi fokus kepada perkara yang membuatkan mereka tenang dan nyaman.

4. Keseluruhan kaki rapat (D)

Individu yang mempunyai posisi duduk sebegini dikatakan sebagai berdisiplin.

Meskipun kelihatan pendiam atau kurang bergau, tetapi golongan ini sangat menghargai waktu.

Sentiasa berusaha untuk menepati masa dan tidak gemar tiba lewat dalam dalam sebarang acara.

5. Kaki rapat dan condong ke kiri (E)

Berhati-hati mendekati orang sebegini kerana mereka dikaitkan dengan sikap keras kepala.

Iklan

Tidak suka dikongkong, mereka lebih senang memilih bebas.

Pada masa sama, mereka juga tidak terburu-buru membuat keputusan dan sentiasa mempunyai waktu yang tepat untuk
memutuskannya.

Ringkasnya berikut antara penjelasan di sebalik posisi duduk seseorang. Boleh percaya mahupun tidak kerana ia
terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Perkongsian ini hanya fakta hiburan dan sebaiknya jangan kita terlalu cepat membuat tafsiran tanpa usul periksa.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI