Gangguan seksual di tempat kerja, pengamal undang-undang dedah tindakan boleh dibuat
BILA menyentuh isu gangguan seksual, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sama ada berlainan atau sesama jantina.
Gangguan seksual merupakan sebarang perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal, atas sebab yang munasabah setelah mengambil kira segala hal keadaan akan menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung, terhina atau terugut.
Lebih membimbangkan perlakuan tidak bermoral tersebut kini semakin meluas membabitkan pelbagai lapisan masyarakat.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Justeru, pengamal undang-undang, Nurul Hafidzah Hassan tampil berkongsi tentang gangguan seksual di tempat kerja dan apa tindakan yang boleh diambil oleh individu yang menghadapinya.
Menurut Hafidzah, kelakuan yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual adalah;1. Percakapan lucah contoh saya tak sabar nak xxyyzz awak.
2. Perbuatan memandang ke bahagian tertentu menyebabkan tidak selesa. Mata manusia tapi macam dibayangi kesyaitanan yang tinggi.
3. Memegang menyentuh meraba dan/atau menggeselkan bahagian badan apatah lagi.
4. Membuat bunyi, isyarat, dan apa apa lain-lain menggambarkan lucah. Contoh cakap 'miow miow' sambil pandang secara xxyyzz.Atau membuat gerakan badan menunjukkan perbuatan tidak senonoh.
5. Memanggil dengan nama-nama yang tidak menyelesakan. Panggil kerani macam panggil isteri seperti sayang atau beautiful.
6. Memuji-muji tetapi tetap menimbulkan gangguan. 'U ni seksi'. 'Mata u macam Uqasha'. 'Putihlah u ni'. 'I pandang u memang i suka'. 'Wife i xxyyzz tapi kalu u mesti aabbcc tip top mantap pandai masak' dan sebagainya.
Jadi, ini tindakan yang boleh dibuat apabila diganggu;
1. Suruh individu tersebut berhenti. Secara BERTULIS. Emel. WhatsApp. Kalau surat pastikan korang ada pendua yang diakui terima.
2. Dia teruskan. korang lapor. Secara BERTULIS.
Baca juga Hasil ujian ke atas 500 pesakit Covid-19 tahap 2,3, Ivermectin tidak berkesan
3. Selalunya lepas lapor dan orang yang buat itu bos korang. Mesti HR pilih nak sebelahkan mereka.
4. Kalau tiada tindakan atau korang yang kena, laporkan.
Ujar Hafidzah lanjut, saman di mahkamah industri sekarang telah diluaskan kepada gangguan seksual.
Selain itu, ia juga boleh dituntut di mahkamah sivil.
Namun, hak untuk tuntut akan hilang jika dibiarkan terlalu lama seolah-olah diri korang menerima keadaan itu.
Semoga bermanfaat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang