Ganjaran RM3 kalau dapat tangkap seekor tikus yang hidup atau mati. Inisiatif MDKS dapat pelbagai reaksi

A
A
A

PASTINYA, 'keberadaan' tikus di rumah tentu sangat mengganggu kehidupan kita.

'Perangai' tikus ini memang lain macam!

Makhluk perosak itu suka sangat mencuri makanan dan merosakkan barangan di rumah.

Orang tua pernah cakap, kalau tikus atau ramai panggil dengan nama 'Che Ti' dengar kita memarahi mereka, dia akan balas dendam.

Mungkin gigit wayar telefon rumah kita. Tak pastilah sejauhmana kebenarannya.

Di Kuala Selangor, Selangor misalnya, disebabkan aduan tentang tikus diterima, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) baru-baru ini menawarkan ganjaran istimewa.

Umum MDKS, pihaknya akan membayar RM3 untuk seekor tikus yang ditangkap tidak kira sama ada yang masih hidup ataupun sudah mati.

Ini bukan gurauan ya, ini memang betul!

MDKS dalam kenyataannya yang dimuat naik laman Facebook rasmi mereka berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi Kempen Kawalan Tikus 2021.

"Bayaran untuk serahan tikus hidup atau mati pula adalah RM3 untuk seekor.

"Orang ramai boleh berbuat demikian pada setiap hari Isnin dan Jumaat," beritahu mereka dalam kenyataan media yang sama.

Mengenai lokasi tempat untuk serahan tikus, ia akan dilakukan di Jabatan Kesihatan dan Persekitaran, No. 19, Jalan Semarak 1/5, 45000 Kuala Selangor.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mengungkap perasaan tidak sabar untuk menangkap haiwan perosak itu.

Lebih mencuit hati, ada yang berseloroh mengatakan inilah masanya untuk mencari duit lebih.

Pemakluman

Majlis Daerah Kuala Selangor sedang menjalankan Kempen Kawalan Tikus tahun 2021. Kempen berlangsung sehingga...

Posted by Majlis Daerah Kuala Selangor on Thursday, 4 February 2021

 

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen itu, sila hubungi Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDKS di talian 03-3281 2235.

Artikel berkiatan: 8 cara halau tikus di rumah, nombor 3 tu mesti sekali kena tak datang dah

Tangkap jangan tak tangkap ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca