Guna ais, garam, letak segelas air di dalam periuk nasi. Ini 3 tip mudah kalau nasi tak cukup masak
BAGI para ibu, nak masak nasi memang mudah. Hanya basuh beras dan masukkan dalam periuk dengan sukatan air yang tepat.
Sambil tunggu nasi masak, bolehlah siapkan menu kegemaran keluarga tersayang tanpa perlu membazirkan masa.
Namun, pernah tak mak-mak berikan tanggungjawab itu kepada anak-anak untuk masak?
Mestilah pernah, kan? Satu lagi soalan, pernah gagal melunaskan tanggungjawab itu dengan baik?
Sebagai contoh, nasi mentah atau tak cukup masak?
Mesti ada, kan? Mak-mak sekalian, bersabar dan jangan marah mereka.
Sebenarnya ada cara untuk selesaikan masalah itu. Jangan stres sangat.
Seorang pengguna TikTok dengan menggunakan nama faghafawa baru-baru ini kongsikan satu tip mudah.
Pesan beliau, nasi yang tak cukup masak atau jelantah masih boleh diselamatkan.
Pendekatannya adalah dengan cara meletakkan segelas air di dalam periuk nasi.
Ikuti cara-caranya:
1. Buat lubang pada tengah nasi.
2. Letak segelas cawan berisi air di tengah lubang tersebut.
3. Jangan guna cawan atau gelas plastik.
4. Kemudian, press button cook sekali lagi.
5. Ulang step 4 banyak kali sehingga nasi masak sempurna.
6. Boleh keluarkan cawan dengan berhati-hati.
7. Jangan sampai air tumpah, nanti nasi jadi lembik pula.
Kaedah yang dikongsikan mendapat lebih 12,000 tanda suka dan lebih 3,800 perkongsian.
Rata-rata pengikut akaun tersebut tidak ketinggalan berkongsikan cara lain yang mungkin boleh dipraktikkan.
GUNA KIUB AIS & GARAM
Antaranya hanya kukus semula nasi tersebut.
Nasi yang mengkal dimasukkan dalam bekas sesuai sebelum dikukus di dalam periuk khas.
Ramai yang kata kaedah tersebut lagi senang dan nasi nampak cantik.
Baca juga Senang nak masak, tapi tak ramai nak cuba buat Nasi Gaul Banjar. Pakai ‘pressure cooker’ pun boleh
Selain itu, ada juga yang share hanya menggunakan segenggam kuib ais.
Kongsi @anakcikkie, kuib ais yang diletakkan dalam nasi boleh membantu.
Tulisnya, nasi akan jadi lembut dan masak sepenuhnya.
Mungkin satu lagi kaedah ini jarang-jarang orang buat.
Pengguna TikTok, @miloais9187 menggunakan garam untuk melembutkan nasi.
Metode tersebut hanya sesuai untuk mereka yang memiliki periuk nasi dengan penutup boleh angkat.
Cara beliau seperti berikut:
i) Tabur garam di sekeliling atas penutup.
ii) Biarkan button warm pada periuk nasi.
iii) Bila agak-agak cukup masa, angkat penutup dengan berhati-hati.
Memang pelik tapi kalau kaedah itu menjadi, tak salah kalau nak cuba.
Baca juga Tip masak nasi lemak guna santan kotak, biar santan mendidih baru masuk beras & letak minyak masak
Tip di atas memang sesuai buat mereka yang baru nak berjinak-jinak belajar memasak.
Jika anda ada petua lagi mudah yang mungkin orang lain tak pernah dengar atau try lagi, boleh share di ruang komen kami ya.
Okey! Selamat mencuba.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang