SEJAK kebelakangan ini, cuaca memang sangat panas. Bahangnya dapat dirasai seawal pukul 9 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) baru-baru ini dalam satu kenyataan turut meramalkan bahawa fenomena cuaca panas dijangka akan berlarutan sehingga Mei ini, sebelum beransur reda pada Jun.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Berikut info ringkas mengenainya;

1. Suhu maksimum dicatatkan di sekitar kawasan Lembah Klang dan pedalaman Pahang dijangka lebih tinggi antara 35 hingga 36 darjah celsius.

2. Ketika ini, tiada suhu melampau yang dicatatkan sepanjang minggu ini.

3. Buat masa ini, ia dikatakan fenomena La Nina berbentuk sederhana sedang berlaku. Suhu di seluruh negara masih normal.

4. Suhu di pelbagai lokasi di Malaysia adalah berbeza-beza mengikut tempat dan bentuk muka bumi.

5. Suhu tertinggi yang dicerap tahun ini ialah 36.6 darjah celsius yang dicatatkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 29 Januari lalu.

6. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia menyediakan sebuah halaman web khas yang berkongsi perkembangan semasa dan status cuaca panas di Malaysia untuk rujukan. (https://www.met.gov.my/iklim/kemarau/statusgelombanghaba)

Orang ramai yang bekerja di luar diminta berhati-hati sekiranya suhu terlalu tinggi.

Cuaca panas boleh mengakibatkan kejadian strok haba. Strok haba atau dikenali ‘Heat Stroke’ berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal.

Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh. Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41 darjah atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit.

Malah strok haba sekiranya tifak boleh dikawal boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.

Baca juga Elak berasa lapar ketika berpuasa, berikut hidangan yang patut diambil untuk kekal bertenaga

Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April

Jadi, sekiranya mengalami tanda-tanda ini, sila berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan;

1. Kerap sakit kepala

2. Mudah hilang fokus

3. Lidah menjadi bengkak

4. Suhu badan melebihi 39 darjah celcius

5. Nadi berdenyut laju

6. Tekanan darah rendah

7. Badan lesu dan kerap pengsan

8. Badan tidak berpeluh

9. Kulit kering dan kemerah-merahan

Iklan

Sementara itu, berikut tip bagi mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas;

1. Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti. Jangan tunggu hingga dahaga. Tingkatkan pengambilan air putih ketika bersahur jika berpuasa.

2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

3. Berada di dalam rumah atau bangunan.

4. Hadkan aktiviti luar.

Baca juga Dibuka sehingga 31 April, ini langkah mudah mohon pengeluaran khas KWSP RM10,000

5. Berehat dengan kerap.

Iklan

6. Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.

7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.

8. Pakai topi atau payung yang besar.

Sumber: MetMalaysia, KKM

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI