Hajat ingin kuruskan badan bulan Ramadan, cuba 4 menu berbuka ini
PASTI ramai yang berlumba-lumba melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan sewaktu berpuasa, salah satunya adalah melalui diet.
Malah, mungkin ramai tercari-cari menu buka puasa untuk diet yang sesuai.
Jangan lupa follow kami Instagram!
Perubahan pola makan sepanjang bulan Ramadan di mana hanya mengambil makanan sewaktu berbuka dan sahur saja, dilihat sebagai satu cara yang efektif untuk mengurangkan hidangan makanan yang biasa diambil.
Puasa seharusnya tidak menjadi halangan untuk menjalani kehidupan dengan sihat.
Sewaktu berpuasa, badan lebih banyak memerlukan pengambilan makanan yang kaya nutrisi agar dapat memenuhi keperluan tenaga untuk bekerja seharian.
Itu sebabnya anda harus bijak memilih menu berbuka puasa ketika diet dan menu sahur yang berkhasiat dan sihat.
Kunci utama menjalani diet sewaktu berpuasa adalah disiplin.
Ini adalah kerana jika tidak dilakukan secara disiplin, peluang menurunkan berat badan dan menjadi sihat sewaktu berpuasa akan menjadi sia-sia.Baca juga Lelaki rebah keracunan gara-gara guna peluntur cuci bilik air, isteri cerita detik cemas
Oleh sebab itu, kita perlu memberi perhatian kepada pengambilan karbohidrat, lemak dan protein yang seimbang dari makanan yang diambil sewaktu buka puasa dan sahur.
Berikut adalah beberapa pilihan menu berbuka puasa yang boleh disediakan di rumah;
1. Buka puasa dengan kurma
Kurma merupakan buah yang paling dicari ketika bulan Ramadan. Bahkan bagi sebahagian orang, kurma menjadi makanan yang wajib untuk dimakan sebagai menu buka puasa untuk diet ataupun sahur.
Buah kurma merupakan sumber gula yang baik dan akan mengembalikan tenaga yang hilang seharian.
Secawan buah kurma mengandungi 11.8 gram serat. Ini sudah hampir merangkumi setengah dari keperluan serat harian badan.
Selain kurma, boleh juga mengambil buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren, dan anggur.
2. Salad antara menu buka puasa untuk diet yang baikPada waktu buka puasa, sebaiknya tidak langsung makan makanan berat. Hal ini untuk meminimakan perut kembung selepas menikmati hidangan berbuka.
Salah satu alternatif menu berbuka puasa yang paling baik adalah salad. Baik salad buah ataupun salad sayur-sayuran, kedua-duanya mengandungi sedikit kalori namun tetap boleh mengenyangkan perut.
Selain itu, kandungan serat yang tinggi dari pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran mampu menurunkan kadar kolesterol dan mencegah sembelit yang biasa terjadi sewaktu berpuasa.
Jangan lupa perhatikan bahan-bahan tambahan yang digunakan untuk salad, jangan sampai bahan tambahan boleh menyumbang kepada lemak jahat dan kalori yang boleh membuatkan berat badan naik di bulan Ramadan.
3. Sup
Ramai orang yang lebih memilih untuk buka puasa dengan makanan bergoreng dan jus buah kerana merasa lebih nikmat sebagai hidangan berbuka puasa.
Padahal, semangkuk sup boleh menjadi pilihan menu berbuka puasa ketika diet yang menyihatkan.
Semangkuk sup kaya dengan air yang mampu menghidrasi sel tubuh setelah seharian puasa.
Selain itu, berbuka dengan sup mampu menghangatkan perut dan membantu mencegah kembung atau ketidakselesaan pada perut.
Antaranya boleh mengambil sup ayam, sup kacang merah, sup jagung, sayur bening, ataupun jenis sayur berkuah lain sebagai pilihan menu berbuka puasa.
4. Beras merahMulai sekarang, ganti nasi putih dengan nasi merah yang tinggi serat dan mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah.
Selain itu, beras merah ternyata mengandungi sedikit kalori dan membantu menurunkan berat badan sewaktu bulan puasa.
Tidak hanya sewaktu bulan Ramadan, sebaiknya menjadikan beras merah sebagai makanan harian.
Berbanding nasi putih, nasi merah boleh memberikan kekenyangan lebih lama apatah lagi jika ditambah dengan menu berbuka puasa lain yang sihat seperti sayur-sayuran.
Tip turunkan berat semasa Ramadan
Selain menu buka puasa untuk diet, ada juga tip yang perlu diamalkan jika mahu menjaga berat badan, seperti;
1. Elakkan penggunaan gula diproses secara berlebihan.
2. Senaman ringan sepanjang Ramadan.
Baca juga [VIDEO]Suami isteri beli kereta Kancil guna pengeluaran khas KWSP runtun hati ramai
Jika bermatlamat untuk membakar lemak pada bulan ini, pastikan kekalkan diet rendah karbohidrat atau diet ketogenik.
Dengan cara ini, badan boleh membakar lemak dengan lebih mudah walaupun aktiviti senaman dikurangkan.
Semoga bermanfaat! Selamat berpuasa.
Sumber: Hello Health Group
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang