BERITA baik buat semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda kini boleh juga nikmati Skim Perubatan Madani.

Skim itu bermula 15 Jun sehingga 31 Disember ini. Wah menarik kan!

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berikut info berkaitan;

1. Inisiatif tersebut merupakan program perantis yang diadakan di 10 buah daerah.

2. Ia melibatkan daerah Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

3. Skim tersebut bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40, terutama dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut iaitu rawatan pesakit luar kes-kes akut di premis pengamal perubatan swasta umum (GP).

4. Skim itu ditawarkan secara automatik kepada penerima STR.

5. Perkhidmatan percuma yang ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan akan diberikan di Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) kepada penerima manfaat mengikut pakej yang ditentukan.

Baca juga Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga bakal dikreditkan sebelum Aidiladha, 5 info penting

 

6. Penerima boleh mendapat beberapa kali rawatan percuma sehingga peruntukan bagi setiap isi rumah telah habis.

7. Peruntukan bagi setiap isi rumah adalah sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas tanpa pasangan dan RM75 bagi kategori bujang.

8. Rawatan pesakit luar kes-kes akut percuma yang ditawarkan skim itu merangkumi rawatan bagi demam selesema, cirit birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan pelbagai lagi.

9. Pakej rawatan skim berkenaan tidak merangkumi rawatan bukan akut imunisasi rutin, saringan kesihatan, rawatan susulan penyakit tidak berjangkit (NCD), rawatan susulan ibu dan anak, perancangan keluarga, perkhidmatan rehabilitasi; serta permohonan ubat-ubatan dan suplemen tanpa konsultasi doktor.

Iklan

10. Perkhidmatan kesihatan bagi keadaan bukan akut yang tidak ditawarkan Skim Perubatan Madani boleh didapati di Klinik Kesihatan (KK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baca juga Syarat, kelayakan moratorium buat golongan B40, M40 dan T20 terjejas

Umur dah nak masuk 30-an, ini ujian kesihatan yang patut dibuat sebelum terlambat

11. Fasa rintis skim berkenaan dijangka memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

12. Pra-pendaftaran adalah tidak diperlukan untuk menikmati manfaat Skim Perubatan Madani bagi penerima STR dan tanggungannya. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan semasa mendapat rawatan di GP yang berdaftar di bawah skim tersebut.

Iklan

Maklumat lanjut mengenai Skim Perubatan Madani termasuk semakan kelayakan dan senarai klinik panel boleh didapati di laman sesawang ProtectHealth, selaku pelaksana skim berkenaan iaitu di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau hubungi talian 03-8687 2525.

Baca juga Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai 5 April, berikut info wanita perlu tahu

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!