Harga merudum, masa sesuai pencintanya serbu kedai emas

"Beli emas ribu-ribu akhirnya tak laku"- Lelaki kongsi tip kenali emas palsu
"Beli emas ribu-ribu akhirnya tak laku"- Lelaki kongsi tip kenali emas palsu
A
A
A

WAHAI pencinta emas, kini tiba masanya yang ditunggu-tunggu. Difahamkan, harganya mula menurun sejak dua hari lalu.

Harga emas hari ini merekodkan penurunan sebanyak RM4.23 kepada RM236.83 per gram berbanding RM241.06 per gram semalam.

Menurut pakar pelaburan emas, Syukor Hashim, kejatuhan harga emas yang agak mendadak kali ini didorong laporan data Jualan Runcit Amerika Syarikat yang dikeluarkan kelmarin.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Laporan itu menunjukkan peningkatan jualan runcit di Amerika Syarikat sebanyak 0.7 peratus untuk bulan Ogos 2021.

"Peningkatan 0.7 peratus ini sebenarnya sangatlah sedikit, tetapi kenapa harga emas boleh jatuh teruk?

Awas peniaga emas... KPDNHEP buat pemeriksaan rawak ke seluruh negara

"Agensi statistik US (Census Bureau) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 di US akan memberi kesan terhadap rantaian bekalan (supply chain) di US.

"Mereka menjangkakan jualan runcit Ogos 2021 di US akan merosot 0.8 peratus, namun kejutan berlaku apabila data jualan runcit Ogos 2021 meningkat kepada 0.7 peratus," tulisnya di Facebook.

Katanya, data terbaharu itu memberi bayangan bahawa ekonomi Amerika Syarikat adalah kuat biarpun dalam peningkatan kes Covid-19.

Baca juga Awas! Tipu sijil vaksin denda sehingga RM100,000 dan hukuman penjara menanti

"Apabila data ekonomi menunjukkan kekuatan atau peningkatan seperti ini maka harga emas akan jatuh.

"Ini kerana emas dilihat sebagai aset selamat dalam situasi ketidaktentuan dan emas hilang daya tarikan ketika ekonomi dilihat sedang pulih," jelasnya.

Jadi, jangan tunggu lagi ayuh serbu kedai emas berhampiran. Dapatkan koleksi idaman dengan harga lebih rendah.

Pastikan korang sudah lengkap dia dos vaksin Covid-19 dan terus patuhi SOP ditetapkan ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca