KEBELAKANGAN ini, banyak kawasan dilaporkan dilanda banjir kilat termasuk Lembah Klang.

Itu terjadi disebabkan hujan yang berterusan sehingga dua jam sekali gus merosakkan banyak kenderaan dan rumah.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun orang ramai dinasihatkan berwaspada kerana Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan serta ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, selain Sarawak serta Sabah sehingga Jumaat ini.

Menurut satu kenyataan, METMalaysia memaklumkan;

9 Mac

1. Pada sebelah pagi, hujan berterusan dijangka berlaku di pantai barat Sabah, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat), manakala beberapa kawasan di Terengganu, Pahang serta pedalaman Tawau dan Labuan akan menerima hujan.

2. Manakala di sebelah petang, ribut petir diramal di kebanyakan kawasan di Putrajaya, selain beberapa kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor dan beberapa tempat di pedalaman Perak, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

3. Ribut petir pula dijangka di satu dua kawasan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang juga diramal pada petang.

4. Pada sebelah malam, ribut petir dijangka di satu dua kawasan di Kedah, Pulau Pinang serta di pedalaman Pahang, selain hujan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Samarahan, Betong, Sibu, Kapit, Bintulu, Limbang dan di pedalaman Perak, Kelantan, Selangor serta Negeri Sembilan.

Baca juga [VIDEO] Idea’ genius’ elak air banjir masuk rumah tular, guna kaca gentian hadang pintu

fenomena hujan pelik

Iklan

10 Mac

1. Pada sebelah pagi, ribut petir dijangka di sesetengah kawasan di Perak serta hujan di satu dua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Kuching, Serian dan Samarahan pada sebelah pagi.

2. Manakala ribut petir di kebanyakan kawasan Putrajaya, di beberapa kawasan Kuala Lumpur, di satu dua kawasan Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri serta Limbang dan satu dua kawasan pedalaman di Kedah, Perak, Kelantan dan Pahang.

3. Pada sebelah malam pula, hujan di satu dua kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang serta pedalaman Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, selain ribut petir beberapa kawasan pedalaman Pahang.

Baca juga 6 tip penunggang motosikal semasa hujan elak kemalangan

11 Mac

1. Hujan di sesetengah kawasan di Melaka dan di satu dua kawasan Selangor, Negeri Sembilan serta Johor pada sebelah pagi Jumaat.

2. Ribut pula dijangka di satu dua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri serta Limbang dan di satu dua kawasan pedalaman Perak pada sebelah petang.

Iklan

3. Manakala sebelah malam pula, hujan juga dijangka di satu dua kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu serta Miri dan di kawasan pedalaman Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Justeru hati-hati kepada semua terutama penunggang motosikal. Rancang perjalanan korang sebaiknya.

Waspada juga kepada yang memandu di jalan raya dalam hujan dan ribut petir.