Hospital Selayang kini khas merawat pesakit Covid-19 sahaja

Simpan jenazah di dalam kontena, bukan di luar negara tapi di Selayang
Simpan jenazah di dalam kontena, bukan di luar negara tapi di Selayang
A
A
A

HOSPITAL Selayang kini bertukar status daripada hospital hibrid Covid-19 kepada hospital merawat Covid-19 sepenuhnya berkuatkuasa pada Rabu.

Pengumuman khas itu dimaklumkan melalui hantaran Facebook rasmi hospital tersebut semalam.

Menurut perkongsian berkenaan sebarang penukaran tarikh janji temu akan dimaklumkan kepada pesakit dalam masa terdekat.

Justeru, kerjasama semua pihak berhubung perkara itu amat dihargai.

Direkodkan, Hospital Selayang adalah hospital ketiga di Selangor berstatus hospital merawat pesakit Covid-19 sahaja selepas Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang.

Terdahulu, pada Mei lalu Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa Hospital Selayang terpaksa menyediakan kontena khas sebagai ruang tambahan menyimpan jenazah Covid-19.

Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang tersebut mampu menempatkan 20 jenazah tambahan berikutan peti mayat di hospital itu sudah mencapai kapasiti penuh.

Keadaan terbabit secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat apabila wabak jahat itu semakin menular.

Bahkan, melihat angka jangkitan baharu harian yang dilaporkan juga tidak nampak penurunan. Semalam sahaja sebanyak 13,034 kes harian baharu positif Covid-19 direkodkan.

hospital selayang

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes merupakan kategori lima dan 72 adalah kategori empat.

Pesakit kategori tiga yang mempunyai radang paru-paru adalah seramai 124, kategori dua (5,646) dan kategori satu (7,179).

ANEKDOT Hospital Selayang

1. Hospital Selayang terletak di Selayang, daerah Gombak, Kuala Lumpur.

2. Hospital itu mempunyai 960 buah katil, 20 disiplin klinikal dan menyediakan khidmat rawatan menengah dan rawatan lanjutan kebangsaan terpilih.

3. Dalam pelaksanaan dan pembentukan Hospital Selayang, KKM telah mengatur langkah oleh objektif Wawasan 2020 yang mana Malaysia harus mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan menyempurnakan visi KKM.

4. Oleh itu Hospital Selayang direkabentuk dan dilengkapi peralatan canggih sesuai dengan piawaian antarabangsa.

Baca juga Siapalah pandai-pandai edit. KKM nafi video tular kebenaran rentas negeri, daerah

5. Ia merupakan hospital pertama di Malaysia dan di dunia beroperasi dengan Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh meliputi seluruh aspek operasinya.

6. Hospital Selayang adalah pusat Gastroenterologyi, Rheumatologi, Hepatologi, Hepatobiliari Surgeri, Vitreoretinal Surgeri, Kolorektal Surgeri, Mikrosurgeri, dan Khidmat Renal.

7. Menjadi hospital rujukan kerana menyediakan khidmat pakar pesakit luar bagi kes-kes dirujuk sahaja. Di sini tiada menerima rawatan pesakit luar kecuali kes kecemasan dikendali dalam Jabatan Kecemasan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca