Hujan berterusan di KL, Putrajaya dan 9 negeri sehingga 4 Januari ini

fenomena hujan pelik
fenomena hujan pelik
A
A
A

MOHON waspada kepada semua penduduk. Ini kerana Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran bahawa hujan berterusan akan melanda di sembilan negeri sehingga 4 Januari.

Menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan, negeri-negeri yang terlibat adalah Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Dalam pada itu, perincian mengikut negeri adalah seperti berikut;

1. Amaran hujan sangat lebat berterusan peringkat bahaya diramalkan di Johor membabitkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru hari ini.

2. Amaran hujan lebat peringkat buruk berterusan pula dijangka berlaku di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, selain seluruh Negeri Sembilan dan Melaka sehingga esok.

3. Hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh, manakala di Sabah pula melibatkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga Selasa.

4. Situasi sama turut dijangka berlaku di Perak melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, selain Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang akan berterusan sehingga esok.

hujan

Bagi korang yang tinggal di kawasan rendah atau mudah dinaiki air, sebaik-baiknya lakukan lima perkara di bawah:

1.Dapatkan maklumat mengenai banjir melalui pengumuman media dan pihak-pihak yang berkaitan seperi bilik gerakan banjir negeri atau daerah.

2. Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat.

3. Pastikan saluran perparitan di kawasan sekitar rumah tidak tersekat.

Baca juga Arapaima, ikan air tawar terbesar di dunia ganggu ekosistem ikan tempatan, berikut 23 spesies ikan 'alien' lain

4. Menyediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.

5. Pastikan ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

Semoga kita semua dihindari musibah banjir yang merosakkan harta benda dan paling bahaya boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca