i-Sayang, i-Lindung bakal dilancar 2022, ini 5 fakta mengenainya

A
A
A

BERITA baik buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Employees Provident Fund (EPF).

Seperti diketahui umum sebelum ini, bantuan skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra adalah bertujuan mengurangkan bebanan rakyat kesan pandemik Covid-19.

Kini KWSP mengumumkan akan melancarkan kemudahan i-Sayang dan i-Lindung dalam suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat khususnya ahli KWSP.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jangan jadi suami yang buat isteri tinggal dalam 'neraka'

Menurut pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, ini fakta lengkap berkenaan kemudahan tersebut;

1. i-Sayang membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

2. i-Lindung iaitu kemudahan dana persaraan yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

3. Antara inisiatif lain yang sedang dipertimbangkan juga termasuklah mewajibkan perlindungan kepada pekerja sektor informal dalam bidang bukan pertanian secara berperingkat.

kwsp

4. KWSP juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh memaksa majikan meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun.

Baca juga Menarik! Pas keluarga Malaysia, RM15 untuk 4 orang lawati Lembah Klang

5. Perkara tersebut diumumkan dalam ucapan perasmian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 ke-9 selama dua hari yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca